Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Undang-undang baru permainan video China secara rasmi melarangkan darah, mayat, mahjong, dan poker!

Walaupun pelbagai pantang larang, China mempunyai pendapatan yang tinggi daripada jualan permainan videonya.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 25, 2019
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Undang-undang baru permainan video China secara rasmi melarangkan darah, mayat, mahjong, dan poker!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada penghujung Disember tahun lepas, kerajaan China telah menamatkan freeze sembilan bulan bagi penerimaan video game baru selepas penyusunan utama kerajaan. Kami menerima maklumat baru tentang larangan dan keperluan baru agar permainan video boleh menyertai pasaran, dan nampak gayanya Mortal Kombat 11 tak lepas ni.

RIP MK11 in China#MK11https://t.co/gzDUp8wC1s

— Cage Claypool (@CageClaypool) April 25, 2019

Kerana China memiliki populasi lebih daripada 1.4 billion, memasarkan game di negara tersebut pasti akan meningkatkan jualan dan daya populariti. Malangnya, tiga genre game telah dilarang termasuk game berkaitan judi seperti Mahjong dan Poker, game berkaitan sejarah imperial negara, dan game yang mempamerkan mayat dan darah- tidak kisah warna apa. Tukar warna darah kepada hijau atau memanggil ia slime atau peluh pun tak cukup dah sekarang. Peraturan baru ini dilaksanakan bersama undang-undang yang melarang pornografi.

Undang-undang baru ini juga memerlukan developer dan penerbit untuk memberi lebih banyak maklumat tentang game mereka dengan butiran seperti skrip penuh, screenshot, dan feature apa yang bakal masuk agar dapat membendung ketagihan kepada permainan video dan sikap terlebih belanja oleh generasi muda negara ini. Ketagihan kepada permainan video telah lama menjadi isu di China dan topik ini pertama kali disentuh pada tahun 2007 dengan beberapa peraturan didirikan untuk game PC, yang sudahpun berkembang secara rasmi kepada mobile gaming juga.

Antara syarikat gaming terbesar di dunia, Tencent baru-baru ini menerima kelulusan untuk mula menjual Nintendo Switch di China. Ini berita bagus kerana pasaran gaming negara China kini lebih terbuka kepada dunia luar.

LOOK: Nintendo shares surge 17%, the most since September 2016 after Tencent wins approval to sell #NintendoSwitch games in China

More via @business: https://t.co/9IW3kbPXjx pic.twitter.com/nJYnTLyhP7

— Bloomberg Originals (@bbgoriginals) April 19, 2019

Menunduk kepada penapisan bukan sesuatu kesimpulan yang kita nak tapi ini takkan berhenti kerana terlalu ramai developer yang ingin menjadi sebahagian daripada pendapatan tahunan $30 billion permainan video China yang pasti makin meningkat di 2019 kerana pelupusan freeze sebelum ini.

Sumber – State Administration of Press, Publication, Radio, Film and Television of The People’s Republic of China

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BanchinaFreezetencentVideo game
Previous Post

Kakitangan Fortnite dilaporkan bekerja “100 jam” seminggu!

Next Post

Days Gone Review – Single-Player Open World Yang Menakjubkan Ditemani Ratusan Freakers Tetapi…

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Days Gone Review – Single-Player Open World Yang Menakjubkan Ditemani Ratusan Freakers Tetapi…

Days Gone Review - Single-Player Open World Yang Menakjubkan Ditemani Ratusan Freakers Tetapi...

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd