Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Skull & Bones ditunda ke Mac 2023, akan buka Open Beta tidak lama lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 29, 2022
in Artikel, Berita, Multiplayer, PC, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Skull & Bones ditunda ke Mac 2023, akan buka Open Beta tidak lama lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak diumumkan pada 2017, Skull & Bones telah mengalami banyak perubahan besar di sebalik tabir, yang memaksa Ubisoft untuk menangguhkan projek beberapa kali. Hari ini, Ubisoft sekali mengumumkan bahawa Skull & Bones terpaksa ditunda pada bulan Mac 2023.

pic.twitter.com/2mIjG70sWZ

— Skull and Bones (@skullnbonesgame) September 28, 2022

Tarikh keluaran 8 November untuk Skull & Bones telah dibuang, dan kini game itu akan dikeluarkan pada 9 Mac 2023, tambahan empat bulan lagi. Platform yang disokong tidak mengalami apa-apa perubahan di mana game akan tersedia untuk Xbox Series X|S, PlayStation 5, dan Windows PC melalui Epic Games Store dan Ubisoft Store.

Ubisoft menjelaskan bahawa mereka terpaksa mengubah tarikh keluaran Skull and Bones supaya game boleh ditambah baik dan diseimbangkan sebelum hari pelancaran. Dengan tambahan masa ini, ia membolehkan Ubisoft untuk menyampaikan “pengalaman terbaik mungkin” kepada para gamer.

Namun, tidak semua berita sedih. Walaupun kita terpaksa menunggu hingga tahun 2023 untuk bermain Skull and Bones, peminat mungkin akan mendapat peluang untuk mencuba game pada tahun ini.

Ubisoft mengesahkan bahawa open beta Skull & Bones akan diadakan “dalam masa terdekat”, di mana maklumat lanjut tentang pendaftaran dan seumpamanya akan didedahkan “tidak lama lagi”. Jadi jangan risau!

Berikut adalah rumusan tentang game:

Game kapal lanun Skull & Bones membolehkan pemain meneroka Lautan Hindi versi fiksyen semasa Zaman Keemasan Lanun – dan memperoleh keuntungan daripada perdagangan rempah, sutera dan lain-lain.

Memfokuskan pada aspek multiplayer, kami bermula sebagai lanun “level rendah” yang ingin menjadi lanun paling terkenal di laut di mana satu-satunya cara adalah untuk “menguasai laut”.

Skull and Bones akan dilancarkan pada 9 Mac 2023 untuk PC, PS5, dan Xbox Series. Untuk membaca segala liputan kami tentang game ini termasuk preview awal dan temu ramah eksklusif bersama pengarah, sila tekan SINI.

Tags: open betaSkull & Bonesubisoft
Previous Post

Jualan tiket Fan Screening Black Adam di GSC kini bermula! Dapatkan sekarang!

Next Post

Suzume no Tojimari Hadir Dengan Trailer Dan Visual Baru! Kerusi boleh bercakap?!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Stranger Than Heaven Bakal Tiba Januari 2027, Tupac Shakur Turut Muncul Dalam Game!
Berita

Stranger Than Heaven Bakal Tiba Januari 2027, Tupac Shakur Turut Muncul Dalam Game!

June 6, 2026
Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”
Berita

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”

June 6, 2026
Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Next Post
Suzume no Tojimari Hadir Dengan Trailer Dan Visual Baru! Kerusi boleh bercakap?!

Suzume no Tojimari Hadir Dengan Trailer Dan Visual Baru! Kerusi boleh bercakap?!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd