Siapa je tidak kenal Gundam? Salah satu francais anime mecha terbesar yang terdiri daripada rancangan TV, filem, OVA dan banyak lagi. Dengan begitu banyak cerita dari generasi pertama hingga kini, sudah pasti ianya mempunyai timeline yang sukar untuk diketahui. Tetapi jangan risau, kami di sini akan menyediakan panduan untuk menonton anime Gundam mengikut timeline dari awal hingga akhir.
Berikut adalah Timeline-nya:
- Universal Century
- Future Century
- After Colony/Mars Century
- After War
- Correct Century
- Cosmic Era
- Anno Domini
- Advanced Generation
- Regild Century
- Post Disaster
- Build Fighters/Gundam Valhalla
- Ad Stella
Pada perkongsian yang lepas, kami telah kongsikan panduan untuk menonton di Future Century, After Colony (AC), After War dan Correct Century. Kali ini kami akan meneruskan dengan Cosmic Era, Anno Domini, Advanced Generation dan Regild Century.
Cosmic Era
Dalam Cosmic Era, ia hanya mengandungi sebanyak dua siri sahaja iaitu Mobile Suit Gundam Seed dan Mobile Suit Gundam Seed Destiny yang merupakan sekuel terus kepada yang pertama. Seperti siri Gundam yang lain, manusia telah berpecah. Ada yang tinggal di bumi dan bulan.
Namun terdapat satu konflik yang berlaku diantara Coordinator dan Natural yang membuatkan Blue Cosmos tertubuh. Coordinator adalah manusia yang telah diubah suai dan menjadi superhuman. Manakala Natural adalah manusia asli.
Gundam Seed mengisahkan tentang seorang remaja Coordinator bernama Kira Yamato yang tinggal di bumi. Penceritaan bermula selepas kawasan tempat tinggalnya diserang oleh tentera Z.A.F.T. Kira memandu Strike Gundam dan bertarung bersama rakannya yang lain iaitu Athrun Zala.
- Mobile Suit Gundam Seed
- Mobile Suit Gundam Seed Destiny
Anno Domini
Dalam timeline ini, ia hanya terkandung dua musim Mobile Suit Gundam 00 dan satu filem iaitu Mobile Suit Gundam 00: A Wakening of the Trailblazer. Timeline ini sebenarnya berlaku di dunia sebenar tetapi 300 tahun kehadapan.
Anno Domini atau A.D akan mengikuti kumpulan yang digelar Celestial Being. Mereka ditubuhkan denga tujuan untuk menghentikan semua peperangan. Dalam Celestial Being mempunyai 5 orang pilot yang berkemahiran tinggi dan masing-masing mempunyai alasan untuk bertarung.
- Mobile Suit Gundam 00 (2 Musim)
- Mobile Suit Gundam 00: A wakening of the Trailblazer
Advanced Generation
Dalam timeline Advanced Generation, ia hanya terkandung satu siri sahaja iaitu Gundam Age. Ia akan mengikuti jalan cerita tentang keluarga pilot Gundam yang berlaku sepanjang “One Hundred Years War.” Setiap arc akan menampilkan generasi baru keluarga dan perjalanan mereka sepanjang perang berlaku.
Gundam Age bermula dengan generasi Flit Asuno yang menggunakan blueprint daripada “AGE Device” untuk membina Gundam untuk menyelamatkan manusia daripada penceroboh yang dikenali sebagai “The Unknown Enemy (UE).
Kalau anda nak tahu, sebenarnya Gundam Age adalah projek bersama antara Bandai dan juga Level 5, sebuah syarikat pembangun game. Dan sepatutnya ia adalah sebuah game tetapi Bandai menukar projek itu menjadi siri anime.
- Gundam Age
Regild Century
Mengandungi hanya satu siri anime sahaja iaitu Gundam Reconguista in G. Secara amnya, ia berada dalam timeline sama dengan Universal Century. Cuma apa yang berlaku dalam Regild Century adalah seribu tahun selepas tamatnya Universal Century dan lebih kurang selepas 500 tahun daripada Correct Century.
- Gundam Reconguista in G
Setelah selesainya senarai kali ini, ia merupakan bahagian yang ke-3 daripada keseluruhan timeline Gundam. Kalau ikutkan memang agak susah jika nak ikut rapat dengan francais Gundam ini. Jadi, sampi disini sahaja perkongsian bagi Gundam Timeline untuk hari ini dan akan disambung nanti. Untuk lebih banyak berita menarik mengenai Gundam, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post