ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini mengumumkan For Those Who Dare, sebuah filem visual bercita-cita tinggi menampilkan lima duta — pelakon Asa Butterfield, pemain papan selaju Nyjah Huston, pemain bola keranjang Karl- Anthony Towns, DJ Alan Walker dan pemain bola sepak Son Heung-Min.
Seperti yang kita semua tahu, ROG menghasilkan pelbagai laptop/peranti untuk para gamer, tetapi cita rasa setiap pemain tidak sama, jadi filem ini menampilkan Karl Anthony Towns dengan Strix SCAR, Nyjah Huston dengan Strix G, Asa Butterfield dengan Flow Z13, Alan Walker dengan Zephyrus G14, dan Son Heung-Min dengan Flow X16 – demi menunjukkan ROG ada pelbagai peranti untuk semua jenis gamer.

Semua aksi dilakukan tanpa stunt double, termasuk adegan gelanggang api dan lompat papan selaju di atas pagar dawai.
“Saya suka melakukan penggambaran seperti ini di mana saya boleh meluncur sesuatu yang betul seperti apa yang saya lakukan hari ini. Ia sentiasa menyeronokkan untuk menggabungkan apa yang saya lakukan sebagai pemain papan selaju dengan jenama seperti ROG.”
kata Huston.
Son Heung-Min Alan Walker
Sebagai projek filem ROG yang paling bercita-cita tinggi, bakat istimewa diperlukan di sebalik tabir. The Mill ialah rakan kongsi kreatif global untuk agensi, syarikat pengeluaran dan jenama. Sebagai pakar yang dipercayai dalam Kesan Visual, Pengeluaran Kreatif dan reka bentuk Pengalaman, ROG rasa mereka sesuai untuk menangani projek besar ini.
The Mill juga mempunyai pengalaman bekerja pada filem hebat seperti “Gladiator”, yang berjaya memenangi Academy Award.
Nyjah Huston Karl- Anthony Towns Asa Butterfield
Disebabkan sifat istimewa kolaborasi ini, pasukan telah menangkap banyak rakaman di sebalik tabir semasa sesi penggambaran. Klip-klip tersebut akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Pada masa yang sama, ROG juga menangkap temu bual eksklusif dengan setiap duta, membolehkan komuniti untuk melihat gelagat duta-duta ROG di atas dan pengaruh gaming mereka.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen For Those Who Dare, korang boleh tekan di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post