Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri Animasi Mechamato Hadir ke Netflix Oktober Ini! Nantikan Kisah Menarik Amato Dan MechaBot!

Maira by Maira
September 22, 2022
in Animasi, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix, Tempatan
0 0
0
Siri Animasi Mechamato Hadir ke Netflix Oktober Ini! Nantikan Kisah Menarik Amato Dan MechaBot!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Mechamato kini boleh ditonton oleh ramai orang dengan kehadirannya di Netflix pada Oktober 2022! Kalau dahulu, siri animasi ini tersedia di siaran Cartoon Network, Astro Prima dan HBO GO, ia akhirnya tiba ke platform penstriman popular ini. Untuk anda yang tidak mempunyai mana-mana akses kepada platform tersebut, jangan risau kerana ia juga akan tersedia di siaran TV di TV9 pada 3 Oktober dan TV3 pada 4 Disember. Kalau anda ingin menonton di Youtube juga boleh! Lawati sahaja saluran Youtube Monsta nanti!

Untuk musim pertama Mechamato, terdapat 26 episod kesemuanya tetapi buat masa sekarang hanya ada 13 episod yang boleh ditonton. Buat masa ini masih tidak tahu berapa musim siri animasi ini akan tersedia tetapi dikhabarkan bahawa siri ini akan mempunyai 104 episod. Banyak kan!

Kepada anda yang tidak mengetahui siri ini, ia merupakan siri prekuel kepada BoBoiBoy kerana Amato, watak utama kita merupakan bapa kepada BoBoiBoy. Kalau anda ada menonton BoBoiBoy Movie 2, anda pasti bertemu dengan Amato versi dewasa. Siri animasi ini sepatutnya keluar selepas tayangan filem tetapi disebabkan pandemik COVID-19 yang berlaku, filem tersebut terpaksa ditangguh. Filem itu jugalah yang akan membawa kita ke pertemuan pertama antara Amato dan MechaBot serta bagaimana mereka bekerjasama dalam menumpaskan robot-robot yang membuat huru-hara.

Bercerita mengenai filemnya, Mechamato Movie akan ditayangkan di pawagam pada 8 Disember 2022. Bolehlah anda ajak kawan-kawan sekali untuk menontonnya nanti. Kami sendiri sudah lama menanti untuk menonton filem ini. Tetapi sebelum itu, layanlah Mechamato di Netflix dahulu. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai animasi daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: Animasi tempatanMechamato The Animated SeriesMonsta
Previous Post

Taliban haramkan game PUBG di Afghanistan kerana “menggalakkan keganasan”

Next Post

Developer PUBG lancarkan trailer konsep visual “The Nhaga Eater”

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Danganronpa 2×2 Ditunda ke Awal 2027; Slayhem Mode & Rombakan Peta 3D Dijelaskan
Berita

Danganronpa 2×2 Ditunda ke Awal 2027; Slayhem Mode & Rombakan Peta 3D Dijelaskan

July 6, 2026
Bukan Season 3, Anime Solo Leveling Diteruskan Dengan Filem ‘Beyond the System’
Anime

Bukan Season 3, Anime Solo Leveling Diteruskan Dengan Filem ‘Beyond the System’

July 6, 2026
Anime JJBA: Steel Ball Run Akan Kembali September 2026 Dengan Jadual Mingguan
Anime

Anime JJBA: Steel Ball Run Akan Kembali September 2026 Dengan Jadual Mingguan

July 6, 2026
Next Post
Developer PUBG lancarkan trailer konsep visual “The Nhaga Eater”

Developer PUBG lancarkan trailer konsep visual "The Nhaga Eater"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd