Diakui sebagai salah satu francais game paling dikenali di seluruh, siri “Yakuza” nampaknya akan mengubah nama ke “Like a Dragon”.
Menurut laporan, SEGA akan mengubah semua game akan datang “Yakuza” (hanya diaplikasikan kepada game yang belum dikeluarkan) kepada nama “Like a Dragon”.


Buat masa ini, game terkini yang dikeluarkan dalam siri ialah Yakuza: Like a Dragon pada tahun 2020, jadi pemain yang baru bermula dengan game itu sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk perubahan nama. Namun, isu ini pasti akan mempengaruhi peminat lama yang mengikuti siri Yakuza sejak zaman PS2.

Sejak game pertama dikeluarkan di seluruh dunia pada tahun 2006 untuk platform PlayStation 2, ia berjaya meraih sambutan yang sangat positif sehingga melahirkan banyak sekuel dan spinoff. Tidak perlu kata, nama Yakuza memang sangat ikonik di kalangan gamer sejati.
Jadi mengapa SEGA ingin mengubah nama? Kisahnya begini:
Ryu ga Gotoku merupakan nama rasmi bagi siri itu di Jepun, yang juga diterjemahkan kepada Like a Dragon. SEGA mengesahkan bahawa perubahan ini bertujuan untuk “menyelaraskannya supaya lebih menyerupai nama Jepun.” Perubahan ini bermula dengan Like a Dragon: Ishin.

Beberapa francais dan watak game terpaksa berubah nama apabila dipasarkan di luar Jepun, tetapi pada zaman ini, kebanyakan nama tersebut telah diubah semula kepada original demi menyelaraskan francais secara universal.
Sebagai contoh, apabila game pertama Sonic the Hedgehog dibawa luar Jepun, si antagonis Dr. Eggman telah dinamakan semula sebagai “Dr. Robotnik”. Bertahun-tahun kemudian, Sega memilih untuk mula menggunakan nama Eggman di seluruh dunia.

Bagi mereka yang dah lama kenal francais Yakuza atau merupakan peminat sejati, anda mungkin memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri. Apa pendapat korang?
Untuk segala liputan kami tentang siri Yakuza, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post