Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Beta endgame Diablo 4 akan mula hujung 2022, menambah pelbagai mode baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 20, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Beta, Multiplayer, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Beta endgame Diablo 4 akan mula hujung 2022, menambah pelbagai mode baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Memandangkan Diablo 4 akan dikeluarkan tidak lama lagi pada tahun 2023, Blizzard memutuskan untuk membuat ujian beta endgame di mana pemain boleh menguji versi awal permainan dan memberikan maklum balas. Pada masa yang sama, ujian beta ini boleh dimainkan pada PC dan Xbox Series X|S, Xbox One, PlayStation 5 dan PlayStation 4—cross-play dan cross-progression untuk semua platform juga disokong.

Berikut adalah senarai ringkas tentang apa yang ditawarkan dalam Endgame Beta:

Helltide

Ini ialah acara baharu yang tersedia kepada pemain apabila mereka mencapai “World Tier Three: Nightmare” difficulty. Dalam Helltide, konco-konco Lilith lebih kuat dan sukar, tetapi akan menjatuhkan loot yang setimpal dengan tahap kesukarannya. Musuh ini boleh menjatuhkan “Cinders”, mata wang baharu yang digunakan untuk membuka Helltide Chest yang mengandungi item eksklusif.

Nightmare Dungeon

Dungeon tahap Nightmare akan dibuka apabila pemain menemui Nightmare Sigil pertama. Setiap sigil sepadan dengan dungeon tertentu di dalam Sanctuary, yang menambahkan modifier khas, meningkatkan tahap kesukaran musuh dan menyediakan ganjaran lebih berharga.

Whispers of the Dead

Dipaparkan pada peta, pemain akan melihat pelbagai Whisper di seluruh Sanctuary. Selesaikan tugas yang berkaitan dan dapatkan EXP, gold dan Grim Favor. sebaik sahaja anda mengumpul 10 Grim Favor, ia boleh ditukar di Tree of Whispers untuk ganjaran.

Fields of Hatred

Zon PvP untuk para pemain bertarung sesama sendiri. Semasa berada di dalam Fields of Hatred, pemain boleh mengumpul Seeds of Hatred yang kemudian boleh ditukar kepada Red Dust. Hati-hati kerana Red Dust sangat penting, jadi pemain mungkin terpaksa bergelut dengan pemain lain dalam pertarungan.

Paragon Board

Apabila mencapai level 50, Paragon Board, sistem perkembangan watak untuk fasa endgame akan dibuka di mana pemain boleh customize watak untuk menjadi lebih kuat.

Cara-cara untuk masuk ujian beta Diablo 4

Blizzard mahu pemain yang baru-baru ini menghabiskan banyak masa bermain kandungan endgame Diablo II: Resurrected, Diablo III dan Diablo Immortal. Jika anda memenuhi syarat itu, sila ikuti langkah di bawah:

  • Layari laman web Battle.net atau buka Battle.net launcher.
  • Klik username anda yang dipaparkan di penjuru kanan atas skrin dan klik “Account Settings” atau “View Account” bergantung pada platform.
  • Klik pilihan menu “Privacy & Communication” kemudian tatal ke bawah ke “Communication Preferences.”
  • Klik butang “Update” dan pastikan pilihan “News and Special Offers from Battle.net” diaktifkan.
    • Langkah di atas harus dibuat selewat-lewatnya pada 11 Oktober.

Untuk segala liputan kami tentang Diablo 4, sila tekan pautan ini.

Tags: BETABlizzardDiablo 4
Previous Post

Hunter X Hunter Akan Kembali Dengan Jilid Manga Terbaru November Ini di Jepun!

Next Post

Xbox Game Pass bawa Deathloop, The DioField Chronicle dan banyak lagi untuk minggu ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Xbox Game Pass bawa Deathloop, The DioField Chronicle dan banyak lagi untuk minggu ini!

Xbox Game Pass bawa Deathloop, The DioField Chronicle dan banyak lagi untuk minggu ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd