Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS umumkan siri ROG Phone 6D & 6 Batman Edition! Bakal tiba dengan MediaTek 9000+

safwan by safwan
September 19, 2022
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi, Tempatan
0 0
0
ASUS umumkan siri ROG Phone 6D & 6 Batman Edition! Bakal tiba dengan MediaTek 9000+
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, ASUS bakal mengumumkan siri ROG Phone 6D dan 6 Batman Edition dalam acara Dare to be Ultimate: Building a World-Leading Gaming Phone pada malam nanti.

Bagi barisan ROG Phone 6D dan 6D Ultimate, ia akan didatangkan dengan chipset flagship iaitu MediaTek Dimensity 9000+ 5G. Kedua-dua varian ini akan tersedia dengan 16 GB RAM dan 512 GB ROM.

Apa yang membezakan kedua-dua varian ini adalah ROG Phone 6D Ultimate dilengkapi dengan AeroActive serba baharu. Dengan adanya ciri baru ini, ia membolehkan pelepasan haba berfungsi dengan sangat baik dan menyalurkan udara yang lebih sejuk kepada chipset untuk mengekalkan prestasi yang baik.

GameCool yang di naik taraf mempunyai teknologi penyejukan CPU 360o yang baru bagi melancarkan prestasi maksimum secara berterusan. Tambah pula dengan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 6000mAh, ROG Phone 6D Ultimate membolehkan pengguna bermain dengan sangat lama dalam masa yang sama sedang bermain game dengan prestasi yang tertinggi.

Skrin yang didatangkan pada ROG Phone 6D adalah Samsung AMOLED HDR10+ dan bersaiz 6.78 inci. Dengan menggunakan teknologi daripada ROG, skrin ini boleh mencapai refresh rate yang tinggi sehingga 165Hz.

Tidak lengkap jika tidak bercerita tentang AirTrigger yang ada pada ROG Phone 6D ini. Kali ini, ia telah di upgrade dan akan menyokong lebih banyak gesture termasuk “Dual Action”, “Press and Lift” dan “Gyroscope Aiming.”

Selain itu, audio merupakan salah satu komponen yang sangat penting dalam sesebuah phone gaming. Jadi, untuk ROG Phone 6D, ia talah dilengkapkan dengan GameFX yang mempunyai dual speaker untuk memberikan kualiti stereo yang seimbang. ROG masih mengekalkan 3.5 jack pada telefon untuk menyambungkan audio ke headphone ataupun headset.

Manakala kamera utama yang didatangkan adalah Sony IMX766 50MP sebagai kamera utama, 13MP sebagai ultrawide dan macro kamera. Video mode telefon ini dapat menyokong sehingga HDR 10+ yang membuatkan hasil video nampak lebih cantik. Untuk kamera hadapan pula, ia hanya tersedia 12MP yang mampu menghasilkan game berkualiti tinggi dan boleh digunakan untuk membuat streaming.

Bergerak kepada ROG Phone 6 Batman Edition. Ia merupakan edisi terhad hasil kolaborasi bersama Warner Bros. Dengan kolaborasi ini, bukan sahaja design phone sahaja yang eksklusif, banyak lagi barang-barang lain yang mengenakan tema Batman akan diberi.

Penampilan unik yang direka untuk phone ini sangat hebat. Apabila terkena pada cahaya, terdapat beberapa efek seperti langit malam mendung yang ditembusi oleh “searchlight”. Terdapat logo Batman dibelakangi phone yang boleh dilihat dengan sangat jelas.

Bukan dari segi luaran sahaja ia menggunakan tema Batman, dalam phone seperti UI, wallpaper, ikon, animasi kesan bunyi dan banyak lagi. Set aksesori yang didatangkan juga sangat unik termasuk projektor mini “searchlight” Bat-Signal yang berkuasa USB-C, Sarung Batman Aero, hard-shell travel case.

Jika, nak bercakap tentang spesifikasi phone, ia adalah sama dengan ROG Phone 6 atau 6D yang dikuasakan dengan Snapdragon 8+ Gen 1 atau MediaTek Dimensity 9000+1.

Apapun, korang boleh tunggu pengumuman yang bakal mereka buat malam ini mengenai ROG Phone 6D. Jika korang berminat untuk menonton secara langsung mengenai acara Dare to be Ultimate: Building a World-Leading Gaming Phone, sila klik pautan ini.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: ROG Phone 6 Batman EditionROG Phone 6D
Previous Post

10 game memenangi anugerah Japan Future Award 2022 termasuk Wo Long, Exoprimal & Forspoken!

Next Post

[Giveaway] Komen untuk menang game PS5 percuma Destroy All Humans! 2: Reprobed!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
[Giveaway] Komen untuk menang game PS5 percuma Destroy All Humans! 2: Reprobed!

[Giveaway] Komen untuk menang game PS5 percuma Destroy All Humans! 2: Reprobed!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd