Disney sekali lagi menjadi berita besar sekali lagi setelah dilaporkan ingin membeli syarikat PC dan Mobile Game Korea, Nexon di dalam satu perjanjian di mana Nexon akan diberi ke pihak Disey untuk total jumlah $13.3 billion. Laporan ini datang daripada surat khabar Korea The Central Times, yang berkata bahawa Chairman Nexon Jung-ju Ki, yang memiliki share sebanyak 98% di syarikat Nexon, baru-baru ini menghampiri wakil Disney yang bertaraf tinggi untuk melakukan satu perjanjian yang melibatkan beliau memberi syarikatnya untuk jumlah wang yang besar.
Sang pengerusi Nexon telah lama berusaha untuk menjual saham di syarikatnya sejak Januari, selepas shortlist untuk pembeli berpotensi dikumpul. Tetapi Kim dikatakan sangat berminat dengan Disney, jadi tidak terkejutlah jika beliau memaksa pihak Disney untuk beli.
Walapun ramai di barat tidak tahu siapakah Nexon, syarikat ini merupakan sebuah tokoh di dalam industri kerana pencapaiannya di Korea Selatan dan Jepun. Syarikat Nexon didirikan pada 1994, mempunyai seramai 7,000 kakitangan dan menjaga hampir 80 judul di rantau tersebut. Ia mempunyai kaitan dalam pelbagai bidang tetapi mungkin syarikat ini paling terkenal kerana penglibatannya di dunia mobile gaming dan penerbitan siri MapleStory.
@gamersantaimy
Discussion about this post