Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Like a Dragon: Ishin akan tiba 21 Feb 2023, boleh pre-order sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 14, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Microsoft, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Like a Dragon: Ishin akan tiba 21 Feb 2023, boleh pre-order sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan melalui acara  RGG Studio Summit oleh SEGA dan Ryu Ga Gotoku Studio hari ini, Like a Dragon: Ishin! rasmi akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 21 Februari 2023. Bukan itu sahaja, sesiapa yang berminat Like a Dragon: Ishin juga boleh pre-order bermula sekarang!

Walaupun sudah didedahkan pada awal pagi ini, RGG Studio Summit mengeluarkan trailer yang lebih panjang bagi Ishin yang korang boleh tonton di bawah:

Kyo pada era 1860-an (versi fiksyen Kyoto) dibelenggu oleh pemerintahan yang tidak adil, maka seorang samurai akan mengubah sejarah dalam misi untuk mencari keadilan.

Angkat pedang Sakamoto Ryoma dan pergi ke Kyoto untuk mencari pembunuh bapa anda, bersihkan nama anda daripada pembunuhan yang dilakukan oleh orang lain, dan pulihkan maruah anda. Dengan berbuat demikian, anda akan menamatkan era samurai dan mengubah masa depan Jepun selama-lamanya.

Keluarkan pedang, isikan senapang anda dan sertai revolusi dalam pengembaraan bersejarah hebat ini yang hanya boleh dihasilkan oleh pencipta Yakuza: Like a Dragon.

Like a Dragon: Ishin membawa ramai wajah ikonik untuk menceritakan kisah sejarah epik ini. Peminat serta merta akan mengenali protagonis kami sebagai Kazuma Kiryu daripada entri terdahulu dalam francais. Dalam Ishin, Kiryu akan menjadi muka Sakamoto Ryoma manakala Goro Majima, Takeda Kanryu, Itoka Shiro, Takechi Hanpeita dan watak Yakuza yang lain menyertai Ryoma sebagai kawan atau musuh dalam dunia fiksyen tersebut.

  • Takeda Kanryusai
  • Takechi Hanpeita
  • Ito Kashitaro

Berkenaan gameplay, Ishin mempunyai 4 gaya pertempuran aka “Killer Style”. Pertama, anda boleh membunuh musuh dengan katana maut menggunakan Swordsman style atau menembak dari juah dengan revolver menggunakan Gunman style. Seterusnya, anda boleh gunakan senapang dan pedang dengan Wild Dancer style. Jika tidak, korang boleh berdepan menggunakan Brawler style.

Bukan itu sahaja, RGG Studio juga masukkan Heat Action (sejenis finisher) yang menjadi sangat ikonik dalam game Yakuza. Untuk Ishin, kita boleh menyeru harimau untuk menyerang musuh, memaksa jeruk ke dalam mulut musuh, gunakan meriam untuk meletupkan musuh, dan lain-lain.

Untuk sesiapa yang ingin dapatkan Deluxe Edition, anda akan memperoleh:

  • Shinsengumi Enjoyment Set
  • Ryoma Growth Support Kit
  • Sword Upgrade Materials Kit
  • Gun Upgrade Materials Kit
  • Third Division Armament Expansion Kit
  • The Dragon of Dojima Skin

Bonus Pre-Order

Pre-order sekarang untuk akses eksklusif kepada tiga senjata terbaik pada zaman itu:

  • Kijinmaru Kunishige, pedang gelap dengan pemegang putih
  • Tsuyano Usukarenai, pedang yang berlumuran darah
  • Black Ship Cannon, meriam yang diambil dari kapal Barat
  • Kijinmaru Kunishige, a dark sword with a white hilt
  • Tsuyano Usukurenai, a sword soaked in blood
  • Black Ship Cannon, a cannon taken from Western ships

Like a Dragon: Ishin akan tersedia pada 21 Februari 2023 untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store serta jangan lupa untuk pre-order!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Like a Dragon: IshinPre-OrderRyu Ga Gotoku Studiosega
Previous Post

[Interview] Valkyrie Elysium – kembali kepada francais Valkyrie bersama Takahiro Kondo

Next Post

Interview The DioField Chronicle – Kebangkitan strategi RPG!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Interview The DioField Chronicle – Kebangkitan strategi RPG!

Interview The DioField Chronicle - Kebangkitan strategi RPG!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd