Banyak yang telah dikatakan tentang expansion terbaru World of Warcraft: Dragonflight, yang katanya seperti mengembalikan WoW “klasik” ke zaman moden. Mungkin ramai sudah mendapat pandangan pertama daripada “alpha build”, sama ada daripada YouTuber atau mungkin cuba berpeluang bermain sebagai tester. Walaupun begitu, masih ada banyak lagi yang boleh kita temui sebaik sahaja expansion itu dilancarkan.
Jom lihat sesi Q&A kami bersama Senior Game Designer, Graham Berger dan Jake Miller di SINI untuk info lebih eksklusif.
Ringkasan legasi Dragonflight, kelahiran warga Dracthyr

Lead Narrative Designer, Steve Danuser, membawa kita kembali ke zaman lalu: Galakrond telah dikalahkan oleh gabungan lima naga Primal kuat, yang kemudiannya diberkati oleh “Titan”, atas arahan Keeper Tyr, yang mengubah mereka menjadi Dragon Aspect. Walaupun ramai yang menerima anugerah Titan dengan senang hati, ada yang melihat kaum naga seolah-olah seperti tunduk kepada Order. Oleh itu, empat naga yang menjelmakan elemen primal menjadi Incarnate, manakala pengikut mereka pula dinamakan sebagai Primalist, yang menolak Dragon Aspect.

Queen Alexstrasza percaya dia boleh memperbaiki masalah antara warga naga yang berpecah belah, tetapi Aspect yang lain kurang pasti. Neltharion, Earth-Warder dan pembela Dragonflight, percaya perang akan datang. Berundur ke makmal rahsia di bawah Obsidian Citadel, dia berusaha untuk mencipta askar sempurna untuk mengalahkan Incarnate dan Primalist. Selepas banyak percubaan, Dracthyr telah dicipta, yang diperbuat daripada kuasa magic Dragonflight, dan intipati umat fana.

Sehingga dia tahu nilai sebenar mereka, Neltharion melatih Dracthyr di pulau yang tidak berpenghuni. Sejenis relik milik Titan digunakan untuk mengawal mereka. Namun, rahsia ini tidak boleh disimpan lama. Raszageth aka Incarnate of Storms, menyerang serta merta apabila mendapat tahu tentang kewujudan mereka. Dracthyr terbukti mampu mempertahankan diri daripada pihak lawan, sehingga lah relik itu dimusnahkan. Warga Dracthyr yang sudah letih nampaknya seperti ditakdirkan untuk mati, tetapi Neltharion menggunakan kuasa ajaib untuk mengalah dan memenjarakan Raszageth. Masa berlalu, dan pengetahuan tentang teknik ini kekal sebagai misteri.
Tidak lagi dapat mengawal Dracthyr, Neltharion meletakkan mereka dalam keadaan stasis menggunakan sihir. Dia kemudian memulakan jalan ke arah kegelapan, di mana dia mengkhianati saudaranya, dan menjadi Deathwing.

Kebangkitan Dragon Isle muncul tetapi dengan pengorbanan. Warga Primalist telah melepaskan Raszageth daripada penjara, dan Dracthyr dilemparkan ke dunia yang mereka tidak ketahui. Para Dragon Aspect, kini tiada kuasa Titan selepas mengalahkan Deathwing, jadi Queen Alexstrasza harus mesti memulihkan kuasa Aspect ini untuk melawan balik para Incarnate dan Primalist yang mencari penjara saki baki kawan mereka.
Keeper Tyr sudah lama mati dan Titan kini tiada, jadi satu-satunya harapan adalah untuk meminta lima Dragonflight yang tinggal untuk merebut semula kuasa kuno mereka di Dragon Isles, menghidupkan semula batu sumpah yang melambangkan ikatan antara naga dan Titan. Mudah-mudahan, sebelum para Incarnate melepaskan kemarahan mereka ke atas Azeroth.
Concept “Dragon”
Model untuk Dragon Aspect tidak dikemas kini sejak Cataclysm, lantas menjadikan expansion Dragonflight sebagai tempat yang baik untuk dikemas kini. Senior Character Artist, Sukjoo Choi, ingin melakukan lebih daripada sekadar ‘hi-res’ sebuah model lama. Oleh itu, ia adalah penting untuk memastikan mereka kekal dalam reka bentuk original, sambil menambah butiran baharu dan elemen ikonik kepada mereka. Ini ditunjukkan dalam perhiasan Alexstrasza yang mengagumumkan, tatu ajaib Kalecgos, dan tema pasir dan jam pasir milik Nozdormu.

Character Artist, Natacha Nielsen, juga sangat suka melihat rupa Alexstrasza selama ini. Untuk Dragonflight, dia sepatutnya kelihatan anggun, mewah, untuk kembali semula menjadi Queen of the Dragon. Perisainya tidak harus kelihatan terlalu berat, sambil mengekalkan keanggunannya.

Untuk Kalecgos, Character Artist, Cody Harder, ingin menekankan sisi ajaibnya. Dia juga, mendapat pakaian yang lebih elegan, dihiasi dengan rune misteri yang sesuai dengan archmage dari faction Kirin Tor, dan sebagai ketua untuk Dragonflight biru. Wajahnya yang separuh elf memberi peluang untuk menjadikannya ciri lebih unik dalam model baharu.

Untuk Nozdormu, Character Artist, Calvin Boice, mahu reka bentuk kelihatan serupa dengan rekaan lamanya, sekaligus memudahkan elemen di bahagian tertentu sambil menarik lebih banyak perhatian kepada aspek lain. Ini datang dalam bentuk skala yang lebih ditekankan di sekeliling pinggang dan leher, yang mempunyai geometri tersendiri dalam model 3D. Dia juga mendapat baju asimetri yang menutup sebelah bahu untuk penampilan lebih unik yang seragam dengan pad bahu ikoniknya.

Akhir sekali, adalah perisai Dracthyr. Senior Character Artist, Ariel Fain, memastikan perisai awal mestilah modular supaya pemain boleh “mix dan match”. Butiran terdiri daripada garisan panjang dan siluet berduri di sekitar garis lurus.
Seperti yang kita dapat lihat, terdapat banyak pertimbangan yang perlu diambil dalam World of Warcraft: Dragonflight. Walaupun saya tidak banyak tahu tentang tradisi Azeroth, saya tidak dapat menafikan ia dengar sangat menarik untuk dipelajari.
Bila expansion World of Warcraft: Dragonflight akan dilancarkan? Buat masa ini, kita hanya tahu bahawa ia tetap akan keluar pada hujung tahun ini. Jadi sehingga Blizzard membuat pengumuman rasmi, peminat hanya mampu tunggu sahaja.
@gamersantaimy
Discussion about this post