Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hogwarts Legacy – The Haunted Hogsmeade Shop, “quest” eksklusif PlayStation diumumkan!

safwan by safwan
September 14, 2022
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Game Baru, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Hogwarts Legacy – The Haunted Hogsmeade Shop, “quest” eksklusif PlayStation diumumkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan dengan acara State of Play pagi tadi, banyak update dan game diumumkan termasuk “quest” eksklusif PlayStation bagi game Hogwarts Legacy. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga telah membuka pre-order dan sudah pasti terdapat pelbagai jenis edisi yang anda boleh dapatkan.

Hogwarts Legacy bakal dilancarkan pada 10 Februari 2023 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Cukup dengan pengenalan ini, mari kita teruskan dengan “quest” eksklusif PlayStation yang hadir dalam Hogwarts Legacy.

“Quest” eksklusif PlayStation itu adalah “The Haunted Hogsmeade Shop.” Menurut PlayStation Blog, mereka mengatakan yang “quest” ini telah terbina di dalam game dan semua pemain PlayStation boleh mencari dan menyelesaikan “quest” ini.

Dalam quest ini, ia akan menceritakan tentang Cassandra Mason yang mempunyai sebuah kedai untuk dijual kepada pemain di Hogsmeade. Tetapi semuanya tidak seperti yang dilihat di bangunan usang ini dan terdapat rahsia jahat yang tinggal di bawah kedai Madam Mason dan banyak misteri yang perlu diselesaikan oleh pemain Hogwarts Legacy nanti.

Selesaikan misteri ini dan dapatkan ganjaran di mana pemain boleh menjual barangan dan peralatan pada harga yang lebih baik berbanding tempat lain dan miliki set kosmetik Shopkeeper.

Selain daripada “quest” eksklusif PlayStation, mereka juga telah membuka pre-order dengan menyediakan 3 edisi iaitu Deluxe Edition, Digital Deluxe Edition dan Collector Edition.

Deluxe Edition

  • Dark Arts Pack
    • Thestral Mount
    • Set kosmetik Dark Arts
    • Dark Arts Battle Arena
  • Onyx Hippogriff Mount
  • Resipi potion Felix Felicis
  • Akses 72 jam lebih awal
  • “Quest” eksklusif Haunted Hogsmeade Shop

Digital Deluxe Edition

  • Dark Arts Pack
    • Thestral Mount
    • Set kosmetik Dark Arts
    • Dark Arts Garrison Hat
    • Dark Arts Battle Arena
    • Cross-Gen Upgrade
  • Onyx Hippogriff Mount
  • Resipi potion Felix Felicis
  • Akses 72 jam lebih awal
  • “Quest” eksklusif Haunted Hogsmeade Shop

Collector Edition

  • Dark Arts Pack
    • Thestral Mount
    • Set kosmetik Dark Arts
    • Dark Arts Battle Arena
    • Dark Arts Garrison Hat
  • Kelpie Robe
  • Steel Case
  • Kotak Collector Edition
  • Floating Wand & Book Base

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Hogwarts Legacy akan dilancarkan pada 10 Februari 2023 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Dan “Quest” eksklusif PlayStation bagi Hogwarts Legacy juga akan tersedia semasa ia dilancarkan nanti.

Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai Hogwarts Legacy, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Hogwarts LegacyHogwarts Legacy - The Haunted Hogsmeade Shop
Previous Post

Tales of Symphonia Remastered Diumumkan Untuk PS4, Switch dan Xbox One! Akan Lancar Awal 2023!

Next Post

Demo HARVESTELLA kini tersedia di Nintendo Switch

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Demo HARVESTELLA kini tersedia di Nintendo Switch

Demo HARVESTELLA kini tersedia di Nintendo Switch

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd