Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cari phone gaming bajet bawah RM1000 di Malaysia? Ini adalah senarainya!

safwan by safwan
September 9, 2022
in Android, Artikel, Berita, Mobile, Platform, Smartphone, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Cari phone gaming bajet bawah RM1000 di Malaysia? Ini adalah senarainya!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekarang ini sudah banyak game mobile yang seronok keluar. Kalau nak main game dekat phone, mesti ramai yang fikir perlu gunakan modal yang besar untuk membeli phone. Tidak perlu sebenarnya! Kami sediakan beberapa phone bajet dibawah RM1000 untuk anda setakat September 2022 di Malaysia. Perlu diingatkan phone bajet ini mempunyai spesifikasi minimum untuk gaming. Tanpa membuang masa, jom lihat senarainya!

realme Narzo 50 5G – RM789

Dilengkapi dengan Media Tek MT6833P Dimensity 810 dan GPU Mali-G57 MC2, realme Narzo 50 5G didatangkan dengan 6GB RAM dan 128GB storan. Ia mempunyai bateri sebanyak 5000 mAh dan pengecas pantas 33W.

Selain itu, ia didatangkan dengan skrin 6.6 inci IPS LCD. Manakala bagi kamera pula, ia mempunyai 48MP kamera utama dan 2MP depth. Untuk kamera hadapan adalah sebanyak 8MP sahaja. Ia tersedia dengan warna “Hyper Blue” dan “Hyper Black”.

  • Shopee

Poco M5s – RM 659 – RM 849

Baru sahaja dilancarkan, ia didatangkan dengan dua variasi iaitu 4GB + 64GB dan 6GB+128GB. Poco M5s menggunakan Octa-core bersama Mediatek Helio G95 dan Mali-G76 MC4. Tambah pula dengan bateri yang berkapasiti besar sebanyak 5000 mAh dan pengecas laju 33W, ia boleh penuh dan tidak mengambil masa yang lama.

Saiz skrin yang didatangkan adalah berukuran 6.43 inci dan jenis yang digunakan pula adalah AMOLED bersama Corning Gorilla Glass 3. Poco M5s dilengkapi dengan 64MP sebagai kamera utama dan kamera hadapan adalah 13MP. Warna yang tersedia adalah Kelabu, Biru dan Putih.

  • Shopee
  • Lazada

Honor X8 5G – RM999

Dilancarkan pada bulan Julai yang lepas, Honor X8 5G dikuasakan oleh Qualcomm SM4350-AC Snapdragon 480+ 5G bersama Adrena 619. Untuk RAM, ia didatangkan dengan 6GB sahaja bersama storan sebanyak 128GB. Bateri yang dilengkapi adalah sebanyak 5000 mAh dan pengecas pantas 22.5W.

Honor X8 dilengkapi dengan 48MP kamera utama, 2MP macro dan 2MP depth. Skrin yang didatangkan adalah bersaiz 6.5 inci dan skrin LCD. Warna yang tersedia untuk telefon ini adalah “Midnight Black” dan “Ocean Blue.”

  • Shopee

Huawei nova Y90 – RM999

Dikuasakan oleh Qualcomm SM6225 Snapdragon 680 4G bersama GPU Adreno 610, Huawei nova Y90 dilengkapi dengan 8GB RAM dan 128GB storan. Ia didatangkan dengan 5000mAh bateri dan pengecas pantas 40W.

Skrin yang didatangkan adalah IPS LCD yang berukuran 6.7 inci. Huawei nova Y90 dilengkapi dengan 50MP kamera utama, 2MP macro dan 2MP depth. Warna yang tersedia adalah “Crystal Blue, Pearl White, Emerald Green” dan “Midnight Black.”

  • Shopee

OnePlus Nord CE 2 Lite 5G -RM 999

OnePlus Nord CE 2 Lite 5G dikuasakan oleh Qualcomm SM6375 Snapdragon 695 5G bersama GPU Adreno 619. Bersama-sama dengan Snapdragon 695, ia dilengkapi dengan 8GB RAM dan 128GB storan. Untuk bateri, ia mempunyai sebanyak 5000 mAh dan pengecas pantas 33W.

Ia juga didatangkan dengan saiz skrin 6.59 inci IPS LCD. OnePlus Nord CE 2 Lite 5G mempunyai 64MP kamera utama, 2MP macro dan 2MP depth. Anda boleh dapatkan OnePlus Nord CE 2 Lite 5G dengan warna “Black Dusk” dan “Blue Tide“.

  • Shopee

Phone yang tersenarai mempunyai spesifikasi minimum untuk anda bermain semua game mobile. Jadi, sesiapa yang mencari phone bajet di bawah RM1000 untuk bulan September 2022 di Malaysia, anda boleh gunakan senarai ini. Untuk membaca liputan lanjut dari kami, sila klik pautan ini.

Tags: Honor X8 5GHuawei nova Y90OnePlus Nord CE 2 Lite 5Gphone gamingPOCO M5srealme Narzo 50 5GRm1000
Previous Post

Pengalaman di acara Magic the Gathering: Dominaria United — Apabila geng MtG Malaysia berkumpul!

Next Post

Review Predator GD711 Gaming Projector – Gaming di skrin lebih besar!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Review Predator GD711 Gaming Projector – Gaming di skrin lebih besar!

Review Predator GD711 Gaming Projector - Gaming di skrin lebih besar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd