Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pelancaran Sumeru Disambut Baik! Genshin Impact 3.0 Kaut Untung Lebih RM 9 Juta di Asia Tenggara!

Maira by Maira
September 9, 2022 - Updated on September 10, 2022
in Artikel, Berita, Game, Industri, Tinjauan & analisis
0 0
0
Pelancaran Sumeru Disambut Baik! Genshin Impact 3.0 Kaut Untung Lebih RM 9 Juta di Asia Tenggara!
Share on FacebookShare on Twitter

Kemas kini Genshin Impact 3.0 yang membawa region baru, Sumeru telah dilancarkan dan diterokai oleh ramai pemain. Sumeru mempunyai kawasan yang cukup luas itu terbahagi kepada dua jenis kawasan iaitu padang pasir dan hutan hujan. Sudah ada kawasan baru, sudah tentu watak baru juga diperkenalkan. Watak-watak inilah yang ditunggu pemain Genshin kerana mereka akhirnya boleh menggunakan watak yang menggunakan elemen Dendro.

Genshin Impact Sumeru

Sama seperti kemas kini terdahulu, kami ingin melihat bagaimana sambutan Sumeru dalam kalangan pemain terutamanya pemain di Asia Tenggara. Tanpa membuang masa jom kita lihat sama-sama analisis yang kami telah dapatkan.

Genshin Impact Sumeru

Melalui data AppMagic, nampaknya Malaysia sekali lagi menjadi penyumbang terbanyak untuk Genshin Impact dengan jumlah kutipan sebanyak USD $50 ribu (anggaran RM 224 ribu) semasa debut Sumeru. Jumlah keuntungan selepas dua minggu pula sebanyak USD $568 ribu (anggaran RM 2.5 juta)! Semua keuntungan ini diikuti oleh Singapura sebanyak USD $482 ribu (anggaran RM 2.16 juta) dan Thailand sebanyak USD $332 ribu (anggaran RM 1.49 juta). Jika kesemua hasil daripada negara Asia Tenggara digabungkan ia mencecah USD $2.1 juta (anggaran RM 9.45 juta)!

Boleh tahan juga hasil yang dikutip sejak Sumeru dilancarkan. Sebagai peringatan kepada anda, data yang kami gunakan ini bermula daripada tarikh 24 Ogos sehingga 6 September 2022 dan terhad kepada platform mobile sahaja. Rasanya jika ditambah dengan platform PC dan konsol jumlahnya pasti mencecah lebih RM 10 juta!

Boleh nampak kenapa HoYoverse tidak segan silu untuk adakan acara khas Genshin selepas melihat prestasi jualan mereka. Selepas ini, acara HoYo FEST 2022 pula akan tiba. Maklumat mengenai acara ini akan didedahkan pada 21 September ini. Anda boleh ikuti Gamer Santai untuk liputan lebih lanjut mengenainya!

*Kadar pertukaran USD ke RM telah dibundarkan dan mengikut data 6 September 2022*

Muat turun di sini
Genshin Impact
Publisher: miHoYo
Developer: miHoYo
Release Date: 2020-09-28
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5
Genshin Impact adalah permainan video permainan peranan bebas-permainan, bebas permainan fantasi berasaskan gacha yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio pengembangan permainan miHoYo. Ini adalah permainan kedua dari miHoYo yang menampilkan IP asli, yang pertama adalah Gun GirlZ. Kini ia hadir untuk mobile, PC dan PS4 dan juga boleh cross-play! 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AppMagicGenshin ImpactGenshin Impact 3.0Sumeru
Previous Post

Call of Duty: Warzone Mobile diumumkan, bakal tiba di Android & iOS

Next Post

gamescom asia: Lebih 60 syarikat sertai zon B2B, format rancangan akan berubah

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
gamescom asia: Lebih 60 syarikat sertai zon B2B, format rancangan akan berubah

gamescom asia: Lebih 60 syarikat sertai zon B2B, format rancangan akan berubah

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd