Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game city-builder The Wandering Village akan tiba 15 September di PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 7, 2022
in Artikel, Berita, PC, Simulator, Steam
0 0
0
Game city-builder The Wandering Village akan tiba 15 September di PC
Share on FacebookShare on Twitter

Stray Fawn Studio telah mengumumkan bahawa The Wandering Village akan dilancarkan ke Steam Early Access pada 15 September untuk PC, Mac dan Linux. Diinspirasikan oleh Nausicaä of the Valley of the Wind karya Hayao Miyazaki, The Wandering Village ialah game city-builder unik yang berlangsung di atas sejenis makhluk gergasi bernama Onbu.

Menggabungkan genre city-building dan pengurusan sumber dengan elemen rouge-like survival, pemain perlu menjalin hubungan rapat dengan makhluk gergasi itu jika mereka mahu mengharungi dunia yang berbahaya. Daripada menanam tanaman dan mengumpul sumber khas, hingga ke memerhati alam sekitar dan mengembangkan penempatan mereka, pemain mesti mengekalkan kesihatan makhluk itu sambil mengimbangi keperluan penduduk jika mahu bertahan hidup.

Menghadapi cuaca yang kejam, parasit penghisap darah, flora beracun dan sumber terhad dan lain-lain bukanlah tugas yang mudah. Bertindak balas terhadap peluang unik dan ancaman alam sekitar, sambil mengubahsuai kampung dan keperluan anda semasa mengembara melalui pelbagai biom berbahaya.

Menjalin hubungan antara penduduk dan Onbu pun adalah sesuatu yang mencabar, kerana minat mereka selalunya tidak sama. Sebagai makhluk hidup, badannya yang unik menimbulkan cabaran tersendiri untuk reka bentuk petempatan anda. Sebagai contoh, ada kemungkinan sejenis duri akan tumbuh di rumah pendek, manakala proses menuai yang gagal boleh menyebabkan penduduk menjadi terdesak hingga mereka terpaksa mengambil darah Onbu untuk makanan.

Berikut adalah ciri-ciri penting tentang game:

  • Bina sebuah petempatan unik di atas makhluk gergasi yang dikenali sebagai Onbu
  • Tanam pelbagai tanaman untuk memberi makan kepada penduduk anda
  • Hantar misi mencari makanan untuk mengumpul sumber istimewa
  • Harungi pelbagai biom dan peristiwa berbeza
  • Bina hubungan dengan makhluk gergasi dan mempengaruhi tindakannya
  • Menyelidik dan membina pelbagai bangunan berbeza
  • Gaya seni unik dengan gabungan grafik 2D, 3D dan lukisan tangan, animasi tangan

Tersedia secara Steam Early Access untuk PC, Mac dan Linux pada 15 September, ini hanyalah permulaan untuk perjalanan Onbu. The Wandering Village juga akan menuju ke Xbox Game Preview pada tahun 2023.

Tags: city-builderThe Wandering Village
Previous Post

Goddess of Victory: NIKKE buka pradaftar, game mobile TPS “anime perempuan’

Next Post

PUBG Mobile umum map baru Nusa, bakal tiba pada September ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
Next Post
PUBG Mobile umum map baru Nusa, bakal tiba pada September ini!

PUBG Mobile umum map baru Nusa, bakal tiba pada September ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd