Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG Mobile umum map baru Nusa, bakal tiba pada September ini!

safwan by safwan
September 7, 2022
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
PUBG Mobile umum map baru Nusa, bakal tiba pada September ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan oleh Tencent, PUBG Mobile bakal menerima map baharu yang dipanggil Nusa dan akan ditambah pada update seterusnya pada bulan September ini. Dengan penambahan ini, PUBG Mobile akan mempunyai 7 map secara keseluruhan termasuk Livik, Miramar, Erangel, Vikendi, Karakin dan Sanhok.

Nusa adalah map paling kecil pernah diperkenalkan dalam game PUBG Mobile kerana ia hanya bersaiz 1x1km dan hanya terhad kepada 32 pemain sahaja. Jika nak dibandingkan dengan map yang lain Livik dan Karakin adalah dua kali ganda besar daripada Nusa.

Tidak seperti Miramar yang menampilkan padang pasir, Nusa akan menampilkan pelbagai reka bentuk yang pelbagai termasuk tebing bergerigi, padang subur dan ada juga kawasan yang tinggi bagi pemain gunakannya dengan strategik. Untuk menjadikan map ini lebih unik, ia didatangkan dengan pelbagai ciri yang mungkin tidak ada pada map lain. Berikut adalah ciri uniknya:

  • Lifts or Elevators: Nusa akan menampilkan lift yang berfungsi di bangunan tinggi. Pemain boleh menggunakan lif ini untuk menjejakkan kaki mereka di mana-mana tingkat yang mereka mahu, sama seperti lift standard.
  • Auto Recall: Peta akan menampilkan ciri auto recall, memberikan pemain peluang sekali lagi dalam perlawanan mereka. Lima belas saat selepas kematian mereka, pemain akan dibawa balik secara automatik jika salah seorang rakan sepasukannya masih hidup.
  • Zipline: Nusa akan menampilkan rangkaian zipline yang boleh digunakan untuk perjalanan jarak jauh dengan cepat. Pemain tidak boleh menggunakan senjata mereka semasa menggunakan zipline.
  • Unique Pools: Nusa akan menampilkan kolam yang serupa dengan Kolam Air Panas pada map Livik. Pemain boleh berendam dalam kolam ini untuk memberi tenaga dan mengisi bar boost mereka dengan sewajarnya.
  • Loot Crates: Sama seperti peta Livik, Nusa akan menampilkan loot crate secara rawak di seluruh map.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa map Nusa ini bakal dilancarkan pada update PUBG Mobile seterusnya dalam bulan September ini. Ia hanya dapat memuatkan seramai 32 pemain sahaja, tidak kira sama ada bermain secara solo, duo ataupun skuad. Tambah pula dengan ciri-ciri unik yang ada pada map tersebut, memang ramai yang tak sabar untuk mencubanya nanti.

Untuk lebih banyak berita mengenai PUBG Mobile, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Nusapubg mobile
Previous Post

Game city-builder The Wandering Village akan tiba 15 September di PC

Next Post

Sonic Frontiers dedahkan lagu penutup rasmi, nyanyian One Ok Rock

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sonic Frontiers dedahkan lagu penutup rasmi, nyanyian One Ok Rock

Sonic Frontiers dedahkan lagu penutup rasmi, nyanyian One Ok Rock

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd