Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kolab PUBG Mobile x Dragon Ball diumumkan, bakal tiba pada tahun 2023

safwan by safwan
August 30, 2022
in Android, Anime, Artikel, Battle Royale, iOS, Kolaborasi, Manga, Mobile, Platform
0 0
0
Kolab PUBG Mobile x Dragon Ball diumumkan, bakal tiba pada tahun 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas membuat kolaborasi bersama anime mecha iaitu Neon Genesis Evangelion, PUBG Mobile kini kembali dengan membawa sebuah lagi anime francais yang popular iaitu Dragon Ball Super. Menurut pengumuman yang dibuat melalui Twitter, kolaborasi ini bakal tiba pada tahun 2023 dan mereka sertakan poster bagi filem terbaru Dragon Ball Super: Super Hero.

PUBG MOBILE x DRAGON BALL
Coming soon in 2023 pic.twitter.com/FRNxYOo0ym

— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) August 30, 2022

Walau bagaimanapun, mereka langsung tidak mendedahkan sebarang maklumat lain berkenaan kolaborasi ini. Tetapi, apa kami pasti, mereka akan bawakan beberapa skin yang menampilkan watak terkenal daripada siri anime seperti Goku, Vegeta, Gohan, Frieza dan lain-lain.

Sama seperti kolaborasi sebelum ini, PUBG Mobile menampilkan banyak item dan skin daripada siri seperti EVA dan Jujutsu Kaisen.

Seperti kolaborasi bersama EVANGELION, mereka telah mengadakan satu acara di mana pemain dapat melihat pertarungan EVA-01 menentang 6th Angel secara langsung. Untuk skin yang menampilkan watak Evangelion, mereka menampilkan watak seperti Shinji Ikari, Rei Ayanami, Asuka Langley Soryu dan Mari Makinami Illustrious serta Evangelion Unit-01.

Untuk pengetahuan anda, Dragon Ball Super: Super Hero akan memfokuskan pada Gohan dan Piccolo, dan ikatan yang telah dikongsi oleh mereka sejak Piccolo mula-mula melatih Gohan untuk mengawal kuasanya.

Filem ini akan menyaksikan kedua-duanya berhadapan dengan Red Ribbon Army baru, yang menculik Pan (anak perempuan Gohan) dan mencipta dua pahlawan android baharu, Gamma 1 dan Gamma 2. Disebabkan filem ini berlangsung selepas kejadian Broly, Goten, Trunks (dan juga Gotenks) dan Pan, telah semakin besar dan diberi reka bentuk baru untuk menggambarkan perkembangan masing-masing.

Buat masa sekarang, mereka hanya mendedahkan kolaborasi PUBG Mobile dan Dragon Ball Super akan diadakan pada tahun 2023. Jom kita sama-sama nantikan maklumat seterusnya daripada mereka. Untuk dapatkan lebih banyak berita menarik mengenai PUBG Mobile, sila klik pautan ini.

Tags: Dragon Ball Superpubg mobilePUBG Mobile X Dragon Ball Super
Previous Post

Restoran Pizza Hut Terpaksa Ditutup Kerana Acara Kolaborasi Genshin Impact Terlampau Popular!

Next Post

PlayPark umum senarai game mobile & PC yang bakal keluar di Malaysia tahun 2022

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
PlayPark umum senarai game mobile & PC yang bakal keluar di Malaysia tahun 2022

PlayPark umum senarai game mobile & PC yang bakal keluar di Malaysia tahun 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd