Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview The Devil In Me – Bukan hantu tapi pembunuh bersiri kita perlu hadapi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 25, 2022
in Artikel, Berita, PC, Preview, PS4, PS5, Seram, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Preview The Devil In Me – Bukan hantu tapi pembunuh bersiri kita perlu hadapi
Share on FacebookShare on Twitter

Buat mereka yang selalu baca artikel kami, anda pasti tahu bahawa The Devil in Me ialah game finale untuk The Dark Pictures Anthology: Season One oleh Supermassive Games. Sempena itu, saya berpeluang untuk menghadiri pembentangan keynote tentang game tersebut yang dipersembahkan oleh pengarah permainan, Tom Heaton.

Jika anda tidak tahu tentang siri Dark Pictures, ia terdiri daripada sejumlah game seram yang berbentuk interaktif, dan naratif. The Devil in Me pula adalah entri ke-4 dalam antologi ini.

Secara ringkas, keynote The Devil in Me menjelaskan banyak maklumat tentang gameplay, latar belakang, pengaruh dan ciri-cirinya. Seperti game lain dalam antologi, The Devil in Me mengambil inspirasi daripada mitos kehidupan sebenar dan/atau kejadian sebenar. “Ia juga menjadikan game kami lebih dipercayai dan menakutkan,” kata Heaton.

Jadi jom kita selami The Devil in Me dengan lebih mendalam!

Antagonis adalah pembunuh bersiri, bukan hantu

Watak antagonis untuk game ini diilhamkan oleh Herman Mudgett. Dilahirkan pada tahun 1861, dia belajar dalam bidang perubatan di Universiti Michigan, khususnya dalam anatomi. Mudgett kemudian berpindah ke Chicago pada tahun 1886, di mana dia mengubah namanya kepada Dr. Henry Howard Holmes, atau lebih dikenali sebagai H. H. Holmes dan menubuhkan “The World’s Fair Hotel”.

Pada satu ketika, dia mengalu-alukan tetamu -yang datang ke acara World’s Fair Columbian Exposition- untuk bermalam di hotelnya. Namun, tidak ada seorang pun tetamu yang keluar daripada bangunan. Rupanya, hotel 3 tingkat itu penuh dengan laluan rahsia, bilik tersembunyi, pintu perangkap, pintu berbatu, bilik bawah tanah berisi asid, serta dipenuhi dengan peralatan berbahaya.

Pada hari perbicaraan, H. H. Holmes mengaku telah terlibat dalam 27 pembunuhan, tetapi ramai membuat spekulasi bahawa jumlahnya jauh lebih tinggi. Atas permintaan, tubuh Holmes kemudian dibalut dengan konkrit untuk “memastikan rohnya tidak melarikan diri dan membunuh lebih ramai orang”.

Selain H. H. Holmes, The Devil in Me juga mengambil unsur-unsur daripada siri Saw, The Shining, Psycho, Halloween dan Friday the 13th untuk mencipta kombinasi elemen “perangkap kejam, dilema, klaustrofobia, dan sifat kejahatan yang semakin meningkat.”

Kumpulan protagonis terdiri daripada krew TV

Kumpulan protagonis terdiri daripada sebuah syarikat produksi TV kecil bernama Lonnit Entertainment. Mereka membuat siri bernama Architects of Murder, yang mengisahkan tentang pembunuh bersiri terkenal Amerika Syarikat. Episod akhir akan mengisahkan H.H. Holmes, dan mereka mahu finale itu bombastik untuk dapatkan peluang teruskan Musim 2.

Malangnya, mereka tidak mempunyai wang, tiada idea, dan tiada kandungan sehingga muncul lah Granthem Du’Met. Mengelarkan diri sebagai seorang arkitek dan pengumpul harta benda mewah, lelaki itu mempelawa kumpulan protagonis untuk melawat sebuah hotel lama yang diwarisinya oleh bapak saudaranya yang taksub dengan pembunuh bersiri.

Selepas mendapat tahu bahawa bilik-bilik di hotel itu direplikasikan mengikut Murder Castle milik H.H. Holmes, seluruh krew menganggap ini adalah peluang yang dinanti-nantikan. Mereka bersetuju dengan syarat Du’Met supaya berahsia tentang hal ini, lalu menyerahkan telefon mereka.

Tiba sahaja di lokasi, krew Lonnit Entertainment terpegun melihat hotel yang reka bentuknya menyerupai bangunan pada era 1890-an. Seperti mana-mana kisah thriller, kumpulan protagonis kita kemudian terpisah dan sesat tetapi harus mencuba sedaya upaya untuk bertahan hidup dan melarikan diri.

Berikut adalah info serba sedikit tentang kumpulan protagonis The Devil in Me:

  • CHARLIE LONNIT: Lelaki British dan pemilik Lonnit Entertainment, serta pengarah dokumentari. Kesungguhan dan mentalitinya untuk “content yang bagus” menyebabkan dia menjadi kuat marah dan sukar dikawal.
  • KATE WILDER: Dilakonkan oleh Jessie Buckler, pengacara rancangan itu amat introvert dan tidak yakin dengan dirinya, namun berazam untuk melakukan perkara yang betul.
  • MARK NESTOR: Seorang jurukamera dan merupakan bekas teman lelaki Kate yang masih ada isu bersama gadis itu.
  • JAMIE TEIRGAN: Ketua bahagian teknikal. Menguruskan bahagian lampu dan elektrik. Pendapat dan nasihatnya lebih kepada sindiran.
  • ERIN KEENAN: Pelatih yang mempunyai minat untuk produksi audio. Masalahnya, Charlie hanya memberi tugas yang mudah dan kerja pengiraan.

Heaton menjelaskan bahawa pasukan sentiasa mencari peluang untuk menambah baik formula mengikut maklum balas komuniti termasuk memberi cara kematian yang lebih brutal dan mengerikan.

“Kami rasa cara kematian [untuk game ini] adalah yang paling mengerikan, melampau dan berlebih-lebihan pernah kami lakukan.”

Ciri gameplay lebih interaktif

Antologi ini sentiasa menggalakkan gameplay jenis penerokaan dan “immersion”, di mana mereka memperbaiki ciri keseluruhan untuk finale musim pertama. Seperti yang ditunjukkan dalam keynote The Devil in Me, terdapat banyak lagi aksi yang boleh anda lakukan. Ini termasuk:

  • Memanjat ke atas atau melangkau objek
  • Masuk melalui ruang yang sempit untuk mencari bilik tersembunyi
  • Melintasi tebing yang sempit
  • Menolak/menarik kotak untuk membuka jalan
  • Beralih antara berlari dan berjalan
  • Keupayaan untuk bersembunyi dari bahaya

Ini bertujuan untuk memberi kebebasan semasa mencari jalan keluar, serta meneroka level dalam cara lebih mengasyikkan. Di sini, anda dapat mencari rahsia dan item tersembunyi yang boleh membantu watak bertahan hidup.

Bagi item pula, The Devil in Me menampilkan sistem inventori yang simple. Setiap watak mempunyai alat yang berkait dengan kerja mereka, seperti:

  • Kad bisnes milik Charlie boleh digunakan untuk membuka laci.
  • Kamera milik Mark boleh digunakan untuk mengambil bukti gambar.
  • Pensil milik Kate boleh digunakan untuk “shading” atas kertas supaya dapat melihat apa yang ditulis.
  • Multimeter milik Jamie membolehkannya mendawai semula litar elektrik.
  • Mikrofon milik Erin boleh membiarkan dia mendengar melalui dinding.

Alat ini boleh diubah, rosak, hilang atau diberikan kepada watak lain. Sama seperti pilihan pemain buat, penggunaan item juga boleh memberi kesan kepada naratif semasa menyiasat hotel. Di samping itu, penambahan sistem ini bermakna akan ada teka-teki yang memerlukan penggunaan alat. Ini secara langsung membuatkan tempoh masa game lebih lama. Game sebelum-sebelum ini mengambil kira-kira 4-5 jam untuk tamat, manakala The Devil in Me dianggarkan memakan masa 7 jam.

Preview gameplay baru

Selesai sahaja bahagian keynote, kini tiba masanya untuk melihat gameplay pendek The Devil in Me.

Mula di The Island Hotel, krew kami telah berpecah. Mereka perlu mencari jalan keluar dari kompleks spa bawah tanah yang runtuh, dan pada masa yang sama, dapat menemui bukti tentang kontraktor yang dibawa masuk untuk mengubah suai bangunan itu.

Sepanjang sesi preview, kita melihat Jamie meneroka melalui lorong yang tidak bercahaya. Perkara pertama yang anda boleh jumpa ialah mayat seorang kontraktor.

Mereka akhirnya jumpa sebuah pintu yang Jamie dan Mark terpaksa runtuhkan. Malangnya itu pun hanya satu perangkap apabila sebuah ‘shutter’ jatuh di belakang mereka. Bukan itu sahaja, lantai pun menjatuhkan mereka ke bawah. Di sana, mereka terjuma kad bisnes bernama “Granthem Du’Met – Builder”, salah satu daripada 5 yang boleh anda temui.

Di sini, kita boleh melihat lebih banyak perangkap yang mempamerkan mayat-mayat dalam keadaan yang ngeri.


Seperti biasa, saya tidak akan mendedahkan terlalu banyak tentang jalan cerita untuk mengelak daripada spoiler. Kita pun tahu bahawa game ini mengutamakan naratif, jadi anda boleh menantikan maklumat penuh apabila game ini dikeluarkan pada 18 November 2022 untuk Xbox Series X|S, Xbox One, PS5 / PS4 dan PC Digital.

Untuk membaca segala liputan kami tentang The Devil in Me termasuk interview eksklusif bersama pengarah permainan, sila tekan pautan ini.

Tags: PreviewThe Devil in Me
Previous Post

[UPDATE] Sony terpaksa naik harga PS5 di Malaysia, dulu RM2299 kini RM2499 untuk disc version

Next Post

Interview The Devil in Me bersama Tom Heaton – Memahami proses minda seorang pembunuh

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
Next Post
Interview The Devil in Me bersama Tom Heaton – Memahami proses minda seorang pembunuh

Interview The Devil in Me bersama Tom Heaton - Memahami proses minda seorang pembunuh

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd