Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interview eksklusif tentang Alejandro Vargas, watak terbaru dalam Call of Duty Modern Warfare 2

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 18, 2022
in Artikel, Battle.net, Berita, Industri, PC, PS5, Shooter, Steam, Temuramah, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Interview eksklusif tentang Alejandro Vargas, watak terbaru dalam Call of Duty Modern Warfare 2
Share on FacebookShare on Twitter

Selain daripada mengesahkan tarikh keluaran game pada 28 Oktober, Infinity Ward juga mempamerkan watak-watak utama yang akan tampil dalam kempen Call of Duty Modern Warfare 2. Walaupun banyak watak dalam Modern Warfare 2 dikenali oleh peminat kerana merupakan watak ikonik dalam francais Call of Duty, terdapat satu yang kita belum pernah lihat sebelum ini iaitu Kolonel Alejandro Vargas.

Alejandro Vargas

Sebagai pengenalan, Kolonel Alejandro Vargas ialah watak baru yang tampil dalam Call of Duty: Modern Warfare 2. Selaku anggota terbaharu dalam unit elit anti-keganasan Task Force 141, Vargas ialah operator Tier One untuk Mexico Special Forces. Pada masa yang sama, dia mengetuai unit sendiri bersama Los Vaceros.

Dari kiri: Brian Bloom dan Jeffrey Negus

Di sini, kami berpeluang menemu ramah Brian Bloom, Ketua Penulis dan Jeffrey Negus, Pengarah Naratif daripada Infinity Ward untuk belajar lebih lanjut tentang watak Alejandro Vargas dan apa yang membuatkannya istimewa.

Personaliti lebih berketerampilan sebagai warga Mexico

Memandangkan siri Call of Duty lebih ke arah realistik, menonjolkan seorang watak lebih sukar memandangkan ia tidak ada apa-apa kelebihan istimewa berbanding hero dalam game fantasi yang boleh menggunakan magic dan sebagainya.

Untuk memberi Alejandro personaliti, Jeffrey Negus menceritakan kisah awal pembikinan. Secara lebih khusus, Infinity Ward mempunyai peluang untuk membawa semula elemen-elemen tertentu daripada siri/watak lama yang mempunyai personaliti unil sambil memperkenalkan watak baharu. Jelas sekali, Alejandro terhasil daripada usaha itu.

Memandangkan Alejandro tidak terkenal seperti watak lain di dalam game, jadi untuk menonjolkan watak ini, mereka memberinya matlamat dan latar belakang lain untuk membezakan bagaimana dia membuat keputusan apabila dalam konflik dan bagaimana dia menyelesaikan konflik itu.

Alejandro sebenarnya akan bercakap dalam bahasa Sepanyol jika bersama unitnya Los Vaceros, atau apabila bercakap dengan orang kanannya. Jika berkomunikasi dengan anggota Task Force 141, dia akan menukar ke bahasa Inggeris sambil mencampur sedikit bahasa Sepanyol tetapi cara dia bercakap adalah lebih “direct” supaya rakan sepasukan dapat memahami dengan tepat apa yang dia katakan.

Pelakon menjiwai watak

Alain Mesa

Jadi siapa yang membawa watak Alejandro? Dalam pencarian untuk menemui personaliti paling sesuai, mereka terjumpa seorang pelakon bernama Alain Mesa yang juga pernah terlibat dalam beberapa game besar termasuk Forza Horizon 5, Arcadegeddon, Red Dead Redemption II dan lain-lain. Menurut mereka, ia adalah pencarian untuk mencari lelaki yang sesuai untuk menjelmakan watak ini kerana insan itu perlu membawa tenaga yang penting secara fizikal.

Apabila kami melihat uji bakatnya, kami memandang masing-masing selama 5 saat dan berkata “Ini lelaki kami”. Dia mempunyai kehadiran dan perintah sedemikian, watak itu lahir sebagai pemimpin semula jadi. Dia seorang lelaki yang memimpin pasukan Los Vaceros. Al menjelmakan lelaki ini dengan sempurna.

Menurut Bloom, Alejandro adalah lelaki yang suka mencuba sesuatu serta merta dan akan melakukannya 100%. Rupanya Alain Mesa pun memiliki sikap yang sama. Pelakon itu muncul setiap hari bersiap sedia dan bersama tenaga yang benar-benar mencipta keserasian yang menarik di set yang memberikan semua orang tenaga dan secara langsung memainkan peranan yang penting dalam persembahan semua orang.

Selain itu, pihak Infinity Ward juga berbincang dengan penasihat ketenteraan dan penterjemah bahasa secara rutin dengan untuk semua bangsa dan budaya yang diwakili dalam game. Semasa proses ini, suatu kejadian menarik telah berlaku. Mereka bertanya kepada askar Mexico, “Jika anda terpaksa masuk ke dalam foxhole (lubang yang digali biasanya untuk melindung daripada tembakan musuh) dengan satu orang, siapakah orang itu?”. Askar itu kemudian memberi satu nama.

Mereka kemudian menghubungi orang itu dan kami bercakap selama beberapa minggu lalu belajar tentang pelbagai aspek askar termasuk pemikiran, ideologi, latar belakang, perkara yang dihadapi, cabaran serta kemenangan dan kesusahan mereka.

Memudahkan semua untuk cuba CoD

Seperti yang kita semua tahu, CoD dibina berdasarkan budaya ketenteraan untuk memberikan pengalaman realistik. Malangnya, ramai yang tidak mempunyai pengetahuan kukuh tentang militari melainkan kalau mereka terlibat dalam askar sebenar. Untuk menggambarkan suasana sebenar sambil kekal relevan, Bloom menggambarkan bahawa CoD bukan simulator tepat untuk jurusan ketenteraan.

Peristiwa di dalam game selalunya digempak-gempakkan supaya pemain dapat alami sedikit fantasi menjadi askar. Mereka mengaku bahawa terdapat pelbagai jenis orang dari pelbagai latar belakang yang pasti bermain game itu, jadi matlamat utama mereka adalah supaya game itu boleh dinikmati tanpa menjadi terlalu realistik hingga mengekang pemain.


Maka, tamatlah review kami bersama Brian Bloom, Ketua Penulis dan Jeffrey Negus, Pengarah Naratif daripada Infinity Ward untuk belajar lebih lanjut tentang watak Alejandro Vargas daripada Call of Duty Modern Warfare 2. Terima kasih saya ucapkan kerana memberi kami peluang untuk tahu lebih lagi tentang karya ini!

Buat sesiapa yang tidak sabar, Call of Duty Modern Warfare 2 akan keluar pada 28 Oktober 2022 di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Battle.net serta Steam manakala versi akses awal dan beta terbuka akan mula seawal bulan September yang korang boleh baca sini.

Call of Duty: Modern Warfare 2
Publisher: Activision
Developer: Infinity Ward
Announce Date: 2022-05-25
Apabila Call of Duty: Modern Warfare 2 dikeluarkan pada 28 Oktober, para gamer dapat mengalami dunia perang baru dengan 'Task Force 141' bersama Captain John Price, yang bakal ditemani oleh Simon "Ghost" Riley, John "Soap" MacTavish, Kyle "Gaz" Garrick, dan orang baru Colonel Alejandro Vargas.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Alejandro VargasCall of Duty Modern Warfare 2interview
Previous Post

Gamer Mobile esport tak setanding PC di Malaysia, netizen berdebat di internet

Next Post

Anime One Punch Man Kembali Dengan Musim 3, Studio Animasi Masih Belum Didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Anime One Punch Man Kembali Dengan Musim 3, Studio Animasi Masih Belum Didedahkan!

Anime One Punch Man Kembali Dengan Musim 3, Studio Animasi Masih Belum Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd