GSC Movie telah mengeluarkan kedua-dua trailer bagi One Piece FILM: RED buat kali pertama melalui YouTube rasmi mereka. Filem ini akan ditayangkan pada 3 dan 4 September 2022 untuk Fan Screening” manakala tayangan umum akan ditayangkan bermula pada 22 September 2022.
Fan Screening bagi One Piece FILM: RED akan ditayangkan di GSC Paradigm Mall PJ dan penjualan tiket berjalan dengan sangat pantas. Dengan penjualan tiket tayangan yang sangat laris, GSC bertindak dengan pantas dan membuka dua tarikh baru bagi tayangan One Piece FILM: RED Fan Screening pada 17 dan 18 September 2022.
Tiket tayangan Fan Screening dijual pada 2 harga iaitu RM 120 dan RM240. Setiap daripada harga tersebut, GSC akan memberikan pelbagai item bonus. Walaupun harga tiket agak mahal, ramai peminat berebut untuk mendapatkan tiket tayangan One Piece FILM: RED dan pelbagai item bonus terhad.

Untuk RM 240, anda boleh mendapatkan:
- Acrylic Stand (10 Watak)
- T- Shirt x1
- Kad Karakter daripada Jepun x 2
- Hologram Can Badge (3 design) x1
- A2 Poster A x1
- A2 Poster B x1

Untuk RM 120, anda boleh mendapatkan:
- T-shirt x1
- Hologram Can Badge (3 design) x1
- A2 Poster A x1
- A2 Poster B x1
- Kad Karakter daripada Jepun x1

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui One Piece FILM: RED, ia telah diumumkan pada tahun 2021 dengan menampilkan Red-Haired Shanks sebagai watak utama. Filem ini akan ditayangkan di Jepun pada 6 Ogos 2022. Berikut adalah sinopsis ONE PIECE FILM RED:
Uta, seorang penyanyi yang paling disayangi dalam dunia. Suaranya digambarkan seperti sesuatu yang luar biasa. Untuk buat kali pertama, dia akhirnya munculkan diri di khalayak ramai untuk sebuah konsert.
Tempat konsert tersebut telah dipenuhi dengan ramai peminat Uta, yang terdiri daripada lanun, tentera laut dan sudah semestinya krew Straw Hat yang diketuai oleh Luffy. Mereka datang untuk menikmati persembahan hebat daripada Uta. Kisah filem ini bermula dengan fakta yang mengejutkan bahawa Uta sebenarnya anak kepada Shanks

Saya ingin mengingatkan sekali lagi bahawa One Piece FILM: RED akan mula ditayangkan pada 3 dan 4 September 2022 untuk Fan Screening di GSC Paradigm Mall PJ. Manakala untuk tayangan umum pula, ia akan ditayangkan bermula pada 22 September 2022. Korang boleh layan trailer One Piece FILM: RED daripada GSC di bawah:
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post