Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Asal usul Shanks & kuasa sebenar *SPOILER*

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 11, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
One Piece: Asal usul Shanks & kuasa sebenar *SPOILER*
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak permulaan siri manga dan anime One Piece, Shanks merupakan individu yang sangat misteri kepada peminat. Walaupun mempunyai sikap yang ceria, dia dihormati di seluruh dunia, dan tiada siapa termasuk Marine yang boleh mencabar kedudukannya sebagai Yonko. Memandangkan Filem One Piece Red sedang ditayangkan di Jepun, sesiapa yang hadir akan menerima booklet istimewa bertajuk “Volume 4 Billion”, yang mengandungi banyak maklumat tentang Shanks termasuk asal usul nya.

Menurut maklumat dalam One Piece Volume 4 Billion, Shanks ditemui semasa dia berusia 1 tahun oleh Gol D. Rogers dan orang kanannya, Rayleigh dan rupanya, dia ditemui dalam peti harta karun yang dicuri oleh Rogers semasa Insiden God Valley. Menurut beberapa peminat yang sudah menonton, filem juga mengesahkan bahawa Shanks ialah keturunan Celestial Dragons atau World Nobles.

https://twitter.com/OP_NEWS2022/status/1555786356017639424

Bagi sesiapa yang tidak tahu, Celestial Dragons adalah keturunan bangsawan daripada 19/20 keluarga diraja yang menubuhkan World Government. Menurut tukang spoiler terkenal Sandman_AP, Gorousei (Five Elders) kata bahawa Shanks tergolong dalam “Fearland Family”.

🔔Red Spoiler: According to Gorousei (Five Elders), Shanks belongs to "Fearland Family". Maybe it means Shanks was a member of the Celestial Dragons..?😍

— sandman (@sandman_AP) August 6, 2022

Selain itu, bounty Shanks pada permulaan siri ini ialah 1.004 bilion beri. Nilai ini adalah semasa Luffy masih kecil dan Shanks kehilangan lengannya untuk menyelamatkan Luffy daripada raksasa laut.

Shanks dikenali sebagai “Observation Haki Slayer” kerana dia boleh membunuh lawannya sebelum mereka dapat menggunakan visi masa hadapan daripada Observation Haki dan menggunakan pedang berapinya untuk melawan musuh.

Filem anime One Piece: Red akan ditayangkan di pawagam Malaysia tidak lama lagi pada 22 September jadi nda tidak perlu tunggu lama lagi untuk tahu kebenaran asal usul Shanks. Berikut adalah sinopsis tentang One Piece Red:

“Uta —adalah penyanyi yang paling disayangi di dunia. Terkenal kerana menyembunyikan identitinya ketika membuat persembahan, suaranya telah digambarkan sebagai “dalam dunia lain.” Kini, buat pertama kalinya, Uta akan mendedahkan dirinya kepada dunia melalui satu siaran langsung.

Memandangkan tempat itu dipenuhi dengan semua jenis peminat Uta—lanun-lanun yang teruja, Navy yang memerhati dengan teliti, dan Straw Hat yang diketuai oleh Luffy—suara yang ditunggu-tunggu oleh seluruh dunia akan bergema. Kisah bermula dengan fakta yang mengejutkan bahawa dia adalah anak perempuan Shanks.”

Sumber – Twitter

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeone pieceShanks
Previous Post

[Review] Sony Inzone H9 – Penangan Audio 3D Hebat, Terbaik Untuk PC dan PS5!

Next Post

Review F1 22 – Tahap realisme berganda, seperti lumba di litar sebenar

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Review F1 22  – Tahap realisme berganda, seperti lumba di litar sebenar

Review F1 22 - Tahap realisme berganda, seperti lumba di litar sebenar

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd