Manga Boruto sedang berehat buat sementara waktu, tetapi versi anime masih “steady” keluarkan episod baru setiap minggu. Memandangkan siri anime menceritakan kisah yang tidak pernah berlaku pada halaman manga, nampaknya kita akan masuk filler arc baru di mana Kawaki mendaftarkan diri ke Akademi Ninja bersama Himawari, adik Boruto.
Jadi kenapa Kawaki perlu masuk ke Akademi Ninja sedangkan dia sudah diiktirafkan sebagai Genin? Trailer pratonton untuk Boruto: Naruto Next Generations episod 261 (bertajuk “Kawaki Enters The Ninja Academy) menjelaskan sebab mengapa:
Klip di atas menunjukkan semua pelajar menghadiri hari pertama di Akademi Ninja. Himawari teruja kerana dia dapat mengikuti kelas dengan rakan-rakannya. Lebih-lebih lagi, dia berharap untuk menjadi seorang shinobi.
Kawaki pula kelihatan bosan kerana dia terpaksa mengikuti kelas dengan kanak-kanak tetapi Himawari masih gembira kerana dapat menjadi rakan sekelas dengan abang angkatnya, Kawaki.
Rupanya, Kawaki perlu menjalankan misi rahsia seperti yang diarahkan oleh Naruto dan terpaksa menyembunyikan identitinya sebagai seorang shinobi di mana dia harus menghadiri akademi sebagai pelajar sambil memastikan salah seorang rakan sekelasnya selamat.
Satu lagi hal yang mengharuskan Kawaki masuk Akademi adalah dia perlu mempelajari semua ilmu ninja asas. Dari segi kebolehan, Kawaki terlebih layak sebagai seorang Genin, tetapi seeorang ninja bukan sahaja harus pandai berlawan, malah perlu pintar dari segi akademik.
Kawaki tidak pernah mendapat pendidikan formal sebelum menjadi Genin, jadi Naruto memutuskan bahawa ini adalah masa yang baik untuk belajar tentang teori asas dan sains ninja di Akademi.
Di versi manga pula, Kawaki masih beroperasi sebagai ejen Konoha, dan baru-baru ini cuba menghentikan antagonis semasa Code. Malangnya, pertarungan mengakibatkan dengan kematian Boruto tetapi nasib baiklah dia dapat hidup semula. Untuk baca lagi tentang “kematian Boruto”, korang boleh baca di sini.
Untuk baca segala liputan kami tentang Boruto, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post