Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Blizzard & NetEase batalkan game mobile Warcraft, 100 orang terpaksa henti kerja

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 4, 2022
in Artikel, Berita, Mobile
0 0
0
Blizzard & NetEase batalkan game mobile Warcraft, 100 orang terpaksa henti kerja
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun francais Warcraft sangat sibuk pada masa ini, Blizzard dan rakan kongsi NetEase dari China terpaksa membatalkan game mobile Warcraft kerana perselisihan kewangan. Kini, ramai mula mempersoalkan jika hubungan perniagaan mereka masih utuh atau tidak dan jika NetEase bersetuju untuk bekerjasama di masa depan.

Game ini asalnya diberi nama kod ‘Neptune’, dan adalah MMORPG baharu dalam universe Warcraft, sama seperti judul-judul klasik dalam francais. Neptune bukan sahaja menarik perhatian peminat sebagai “game mobile World of Warcraft”, malah latar belakang game ini ditetapkan pada zaman serba baru yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Memandangkan projek itu dirahsiakan, tidak banyak maklumat yang kita tahu melainkan ia telah dibangunkan selama tiga tahun.

Menurut info daripada Bloomberg, Neptune dibatalkan kerana perselisihan faham mengenai terma pembiayaan dan pengewangan, yang akhirnya membawa kepada pembatalan projek. Lebih 100 kakitangan (developer) yang ditugaskan kepada projek itu oleh NetEase terpaksa diberhentikan. Malangnya, hanya beberapa orang sahaja yang dipindahkan ke projek lain.

Kedua-dua NetEase dan Activision Blizzard tidak memberi komen tentang situasi semasa.

Isu ini menimbulkan persoalan tentang “kerjasama antara kedua-dua syarikat besar tersebut”. NetEase telah bekerja dengan Blizzard selama lebih sedekad sebagai penerbit Warcraft, Diablo dan francais Blizzard lain di pasaran China. Mereka juga merupakan pencipta bersama Diablo Immortal, game mobile terbaru Blizzard yang amat kontroversi namun tetap berjaya dari segi keuntungan.

Jika perbalahan ini tidak diselesaikan, ia boleh menjejaskan pengaruh Blizzard dalam pasaran China yang besar.

Selain projek Neptune, Blizzard masih sibuk dengan satu lagi game mobile iaitu Warcraft Arclight Rumble, sebuah game aksi strategi yang diumumkan pada bulan Mei lalu. Game ini sedang menjalani ujian beta dan nampaknya akan dilancarkan tanpa banyak masalah.

Untuk segala liputan kami tentang francais World of Warcraft, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BlizzardMobileneteasewarcraft
Previous Post

War Gods Zeus Child – Game palsu God of War dibuang di Xbox

Next Post

Meet You Maker – Apabila Rust bertemu Mario Maker! Bina dan raid Outpost dalam dunia tandus!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit
Berita

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit

May 9, 2025
NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?
Mobile

NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?

May 9, 2025
BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik
Acara

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik

May 9, 2025
Next Post
Meet You Maker – Apabila Rust bertemu Mario Maker! Bina dan raid Outpost dalam dunia tandus!

Meet You Maker - Apabila Rust bertemu Mario Maker! Bina dan raid Outpost dalam dunia tandus!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd