Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FIFA 23 membuat 4 perubahan besar pada gameplay, tambah ‘Technical Dribbling & Power Shot’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 28, 2022
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
FIFA 23 membuat 4 perubahan besar pada gameplay, tambah ‘Technical Dribbling & Power Shot’
Share on FacebookShare on Twitter

Bakal keluar di Switch, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S, FIFA 23 telah mengeluarkan gameplay “deep dive” rasmi, yang mendedahkan pelbagai upgrade di dalam game. Seperti yang korang semua tahu, game sukan biasanya tidak membuat banyak perubahan, tetapi FIFA 23 telah membuat beberapa upgrade besar berkaitan gameplay yang saya pasti akan memberi kesan kepada cara game ini dimainkan pada masa depan.

Upgrade ini khusus kepada bahagian menggelecek, joki, pecutan dan sepakan, yang sepatutnya dapat meningkatkan fleksibiliti pemain apabila mereka bermain di atas padang. Berikut adalah butiran rasmi bagi perubahan gameplay FIFA 23 menurut EA:

Technical Dribbling

Dalam FIFA 23, EA memperkenalkan Technical Dribbling, sistem menggelecek serba baharu yang menggabungkan sistem Active Touch untuk mengira laluan pemain ke bola dengan lebih bijak. Technical Dribbling ialah gaya menggelecek ‘default’ baharu menggunakan Left Analog Stick, dan mana-mana pemain boleh melakukannya, walaupun kualiti menggelecek masih bergantung pada atribut Dribbling mereka.

ML-Jockey

ML-Jockey akan memberikan kawalan yang lebih ketat dan peningkatan lebih responsif apabila berhadapan dengan penyerang semasa Jockey (L2 untuk PlayStation || LT untuk Xbox) atau Sprint Jockey (L2+R2 || LT+RT).

EA reka ML-Jockey dengan dua matlamat besar iaitu mengembangkan penggunaan ‘Machine Learning Algorithm’ untuk menjadi ciri yang dikawal sepenuhnya oleh pemain dan menyediakan teknik bertentangan untuk Technical Dribbling, supaya memberikan pemain lebih banyak pilihan dan kawalan tambahan semasa bertahan.

AcceleRATE

AcceleRATE adalah ciri baru kepada sistem pergerakan pemain, yang membahagikan pemain kepada arketaip unik. Ini membolehkan mereka mempamerkan personaliti semasa berlari dengan matlamat untuk meningkatkan daya maju pemain berbeza dalam FIFA 23.

Ciri ini diilhamkan oleh pemain bola sepak daripada kehidupan sebenar, di mana pemain dengan kelajuan lebih kurang sama tetap boleh bergerak dengan sangat berbeza merentasi padang. Buat masa ini, tiga jenis pecutan berada di dalam game iaitu:

  • Controlled – kebanyakan pemain dalam FIFA 23 akan jatuh ke kategori Controlled kerana mereka memecut secara seragam dalam cara terkawal.
  • Explosive – ini adalah pemain pendek dan tangkas yang dapat melepas pihak lawan dengan pantas dalam jarak yang dekat. Pemain jenis ini lebih cepat untuk pecut tetapi kadar kelajuan semakin lama akan semakin perlahan.
  • Lengthy – lebih tinggi dan lebih kuat, pemain ini memerlukan lebih banyak masa untuk laju, tetapi mampu mengejar sesiapa sahaja malah mengatasi mereka, dengan syarat mempunyai jarak yang cukup. Pemain jenis ini bermula dengan lebih perlahan tetapi akan menjadi semakin laju dalam jarak yang lebih jauh.

Power Shots

Power Shots ialah jenis sepakan berasaskan kemahiran yang menambahkan kuasa dan ketepatan pada sepakan tetapi memerlukan lebih banyak masa dan ketepatan untuk melaksanakan. Memandangkan Power Shots tidak sama seperti Assisted Shots, ia sangat bergantung pada ketepatan pemain untuk berjaya.

Selain daripada perkara di atas, EA sebenarnya menambah lebih banyak pembaharuan di FIFA 23 yang korang boleh baca di sini.

Untuk segala maklumat kami tentang FIFA 23, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FIFA 23Gameplay
Previous Post

Tower of Fantasy rasmi akan dilancarkan pada 10 Ogos 2022, free-to-play di mobile & PC!

Next Post

8 game Yakuza akan hadir ke katalog PS Plus Ogos ini! Saksikan kisah epik Kazuma Kiryu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
8 game Yakuza akan hadir ke katalog PS Plus Ogos ini! Saksikan kisah epik Kazuma Kiryu!

8 game Yakuza akan hadir ke katalog PS Plus Ogos ini! Saksikan kisah epik Kazuma Kiryu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd