Tahun lalu, Destiny 2: Forsaken meneruskan tradisi di mana mereka keluarkan senjata eksklusif hanya untuk PlayStation di Destiny. Tetapi baru baru ini, terdapat satu bug dalam patch terbaru Destiny 2 yang membolehkan pemain Xbox One dan Windows PC untuk menggunakan senjata eksklusif PS4 itu yang kini menjadi persoalan dalam kalangan pemain. Sesetengah pemain yang dapat senjata tersebut berasa gembira tetapi dalam masa yang sama, agak keliru kerana mereka mempunyai senjata tersebut walaupun tidak bermain di platform PS4.

Bagaimana semua ini terjadi? Wavesplitter adalah senapang Exotic eksklusif untuk PS4 sahaja. Untuk mendapatkannya, pemain perlu log masuk dan lawati Xur dalam 45 minit window antara aplikasi Bungie untuk patch terkini dan masa reset mingguan, ketika Xur hilang. Sekiranya pemain membuatnya ke Xur pada masa yang sepatutnya dan membeli Fated Engram, ada kemungkinan Xur akan memberikan pemain Wavesplitter.
Oh, I missed a patch note.
Fated Engrams on Xur now have a chance to grant Forsaken Exotics.
— dmg04 (@A_dmg04) April 9, 2019
Berita baiknya ialah pemain yang berjaya mendapatkan Wavesplitter walaupun mereka tidak bermain di platform PS4 boleh menyimpannya. Berita kurang baik, pengurus komuniti Chris “Cozmo” Shannon telah menulis update patch note di forum Bungie, yang mengatakan pemain bukan PS4 tidak akan boleh untuk dapatkan senjata tersebut sehinggalah ia diumumkan secara rasmi pada bulan September ini. Jadi sehingga masa itu, pemain hanya boleh melihat tetapi tidak boleh gunakannya lagi.
Sumber: Polygon
@gamersantaimy
Discussion about this post