Bandai Namco Entertainment Asia telah mengumumkan tarikh keluaran rasmi untuk game Ultra Kaiju Monster Rancher yang bakal di Nintendo Switch pada 20 Oktober 2022!
Sempena pengumuman tarikh keluaran rasmi, trailer baharu untuk Ultra Kaiju Monster Rancher telah dikeluarkan yang menampilkan gameplay khusus “pemain menternak Ultra Kaiju dan bersaing dalam kejohanan.”
Bagi mereka yang tidak tahu, game ini adalah kerjasama antara Ultra Kaiju (raksasa-raksasa yang selalu muncul dalam siri Ultraman), dan Monster Rancher (game simulasi menternak raksasa), yang meraikan ulang tahun ke-25 pada tahun 2022.
Menggunakan sistem gameplay Monster Rancher dan Monster Rancher 2 sebagai asas, Ultra Kaiju Monster Rancher ialah game simulasi menternak “haiwan”, di mana anda membesarkan raksasa sendiri – termasuk Alien Baltan, Zetton dan Gomora.

Berikut adalah butiran lanjut bagi sesiapa yang berminat untuk membuat pembelian:
Pakej bonus pembelian awal dan & Kandungan bonus pra-pesan digital
Kaiju: “Sevenger Giant of Light Skin”
Sebuah Sevenger yang dilukis supaya mirip dengan “Giant of Light.” Anda dapat merasakan keinginannya yang kuat untuk bertarung dengan berani seperti Ultraman.
Raising Item Set
Set ini mengandungi enam item yang membantu menternak Ultra Kaiju anda:
- Giant Cake: Salah satu kegemaran di kalangan Kaiju. Mempunyai keupayaan untuk meredakan kemarahan.
- Gan-Q Candy: Sajian manis yang menyerupai bebola mata Gan-Q. Ia meningkatkan “accuracy.”
- Mandarin Juice: Jus yang diperbuat daripada pokok mandarin. Ia mengurangkan keletihan dan tekanan.
- Silver Peach: Sebuah pic perak dengan kuasa untuk memanjangkan hayat. Ia hanya boleh dimakan sekali seumur hidup.
- Kalaragi Mango: Buah yang popular di benua itu. Ia membantu proses pemulihan.
- Smoked Snake: Ular Mistik yang telah dimasak sehingga hitam hangus. Ia boleh digunakan untuk melatih Kaiju anda.
Untuk maklumat lanjut tentang game ini, sila layari laman web rasmi Bandai Namco Asia di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post