Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Square Enix mula menjual figura NFT Cloud Strife, nilai hingga RM700+

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 21, 2022
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Produk
0 0
0
Square Enix mula menjual figura NFT Cloud Strife, nilai hingga RM700+
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas beberapa bulan dalam rancangan, Square Enix akhirnya telah menyertai krew kripto dan kini mula menjual patung figura NFT hero popular Cloud Strife daripada Final Fantasy 7 di Square Enix Store.

Untuk nilai harga USD $129.99 (anggaran RM 579.30), sesiapa yang berminat boleh pergi ke Square Enix Store dan prapesan Cloud Strife Final Fantasy VII Bring Arts Action Figure, yang direka berdasarkan Cloud daripada Final Fantasy 7 original. Setiap pembelian disertakan dengan “Exchange Ticket” yang boleh anda tebus di platform NFT – Enjin – untuk mendapatkan sijil ketulenan digital.

Gaya rambut, perisai bahu dan pakaian seragam SOLDIER milik Cloud semuanya direka semula dalam 3D untuk memberikan rasa nostalgia dalam penampilannya daripada judul original.

Dari ekspresi muka Cloud hingga ke kedutan dan tekstur pakaiannya, setiap inci daripada figura ini telah dihasilkan dengan teliti. Figura itu datang dengan pelbagai tangan yang boleh ditukar ganti dan senjata ikonik, Buster Sword, yang boleh dipegang di tangannya atau dipakai di belakangnya. Figura termasuk display stand.

Rumusan produk menurut Square Enix.

Bagi mereka yang ingin membelanjakan lebih banyak duit, figura Cloud ini juga mempunyai edisi “Digital Plus” berharga $159.99 (anggaran RM713.00) yang termasuk “tiket pertukaran” anda boleh tebus untuk NFT dan juga figura sama di dalam “versi digital” yang korang boleh “simpan di dalam PC dan telefon pintar.”

Jika ada yang membuat keputusan untuk membeli edisi “Digital Plus”, doa-doalah supaya platorm Enjin tidak tutup. Sebagai notis, Square Enix memberi amaran pada setiap figura bahawa pelanggan ada kemungkinan akan hilang akses kepada versi digital figura tersebut jika “perkhidmatan Enjin tidak tersedia.”

Figura Cloud Strife adalah produk NFT pertama yang dikeluarkan oleh Square Enix tetapi saya yakin lebih banyak akan ditambah dalam masa terdekat (andai kata sambutannya positif). Apa pendapat korang? Suka atau tidak dengan figura NFT Cloud ini? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Untuk segala liputan kami tentang Square Enix, sila tekan pautan ini.

Tags: Cloud Strifefinal fantasy 7NFTsquare enix
Previous Post

Netflix akan datang dengan harga murah tetapi ada iklan, bakal lancar 2023!

Next Post

Oddworld: Soulstorm akan tersedia di Nintendo Switch, Pre-Order sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Oddworld: Soulstorm akan tersedia di Nintendo Switch, Pre-Order sekarang!

Oddworld: Soulstorm akan tersedia di Nintendo Switch, Pre-Order sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd