Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Neymar hadir di Mobile Legends sebagai skin eksklusif Bruno [Khabar Angin]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 20, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, Khabar angin, MOBA, Mobile
0 0
0
Neymar hadir di Mobile Legends sebagai skin eksklusif Bruno [Khabar Angin]
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas meraih sambutan yang sangat positif untuk skin Manny Pacquiao, Mobile Legends nampaknya berminat untuk membuat kolaborasi istimewa dengan seorang lagi atlet antarabangsa, iaitu pemain bola sepak terkenal Neymar – yang dipercayai akan menjadi watak seterusnya.

Secara lebih khusus lagi, YouTube@Hero Pofa telah membocorkan kolaborasi terbaru Mobile Legends di mana Neymar akan menjadi skin eksklusif untuk watak Bruno. Memandangkan Bruno pun pakar di dalam bola sepak, skin Neymar memang sangat sesuai untuk hero itu.

Menurut Hero Pofa, Bruno akan menerima dua skin daripada kolaborasi bersama Neymar ini, iaitu skin Regular dan Ultimate yang menampilkan efek skil dan animasi unik.

Skin Regular akan mempunyai reka bentuk seperti Neymar atau seorang pemain bola sepak secara umum. Dengan kit jersi kuning ala-ala Brazil (negara asal Neymar) dan bola sepak emas, Bruno akan menyarung jersi nombor 10 yang sangat sinonim dengan Neymar.

Selain itu, skin Ultimate akan mempunyai reka bentuk yang lebih futuristik. Bruno akan memakai pakaian robot, yang berwarna biru dan ungu. Bola yang menjadi senjatanya juga mempunyai warna aura ungu di sekeliling bola.

Bagi korang tidak sabar untuk mendapatkan skin Mobile Legends X Neymar, kami juga dapat berita sedih. Menurut komen di bawah video, ada kemungkinan bahawa skin itu hanya akan dijual di wilayah Amerika Selatan dan Amerika Utara sahaja, sama seperti skin Manny Pacquiao yang hanya dijual di rantau SEA.

Menurut mereka, ini antara strategi untuk menarik lagi pemain Amerika untuk bermain Mobile Legends memandangkan Neymar adalah salah satu ikon terbesar di Brazil dan wilayah Amerika Selatan.

Namun, korang semua jangan terlalu bersedih. Jika ramai pemain dari luar rantau Amerika meminta Moontoon untuk mengedarkan skin ini di seluruh dunia, Moonton pasti akan cuba menepati janji. Lagipun, keuntungan Mobile Legends banyak datang daripada Asia Tenggara – jadi mereka tidak akan membazir peluang itu.

https://www.youtube.com/watch?v=Ko18rQgTXwI

Untuk segala liputan kami tentang Mobile Legends termasuk nilai keuntungan sepanjang masa, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Mobile Legends: Bang Bang
Publisher: Moontoon
Developer: Moontoon
Release Date: 2016-07-11
Android, iOS
Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan mobile multiplayer online battle arena (MOBA) yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Shanghai Moonton Technology. Pilih pelbagai hero dari pelbagai kelas untuk melawan pihak lawan sekarang!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MobileMobile LegendsNeymar
Previous Post

Pembangunan Yakuza 8 masih aktif, beberapa gambar scene telah didedahkan!

Next Post

PlayStation Summer Sale 2022 kini bermula, banyak game hebat bawah RM100!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
PlayStation Summer Sale 2022 kini bermula, banyak game hebat bawah RM100!

PlayStation Summer Sale 2022 kini bermula, banyak game hebat bawah RM100!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd