Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG Mobile meraih untung RM 26 bilion sejak debut, Malaysia ke-6 paling banyak menyumbang

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 20, 2022
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Mobile, Tinjauan & analisis
0 0
0
PUBG Mobile meraih untung RM 26 bilion sejak debut, Malaysia ke-6 paling banyak menyumbang
Share on FacebookShare on Twitter

Game battle royale popular, PUBG Mobile oleh Tencent, telah berjaya memperoleh untung sepanjang hayat sebanyak RM 26 bilion di seluruh dunia melalui perbelanjaan pemain di App Store dan Google Play setakat Julai 2022.

Menurut data AppMagic, PUBG Mobile telah mengumpul hasil sebanyak USD $5.9 bilion (anggaran RM 26 bilion). China menduduki tempat pertama sebagai negara yang paling banyak menyumbang di mana varian Game For Peace (PUBG Mobile versi China) telah meraih USD $3.7 bilion (anggaran RM 16 bilion).

Di luar negara China, Amerika Syarikat menduduki tempat ke-2 untuk perbelanjaan pemain terbanyak dengan USD $714 juta, manakala Arab Saudi dengan USD $199 juta melengkapkan senarai tiga negara teratas. Seperti yang anda semua baca daripada tajuk, Malaysia merupakan negara ke-6 dengan sumbangan paling banyak. Jadi apakah data kita?

Untuk Malaysia, kita sudah menyumbang sebanyak USD $95 juta (anggaran RM 426 juta) kepada PUBG Mobile. Di rantau Asia Tenggara sahaja, kita memegang tempat pertama untuk perbelanjaan terbanyak yang menunjukkan betapa popular game ini di belakang Mobile Legends.

Kembali ke topik besar, App Store menyumbang bahagian terbesar kepada keuntungan PUBG Mobile di seluruh dunia, mengumpul lebih daripada 80% daripada jumlah hasil. Dari segi muat turun, pemain Android lebih ramai dengan jumlah muat turun sebanyak 613,802,336 berbanding pemain iOS yang jumlahnya 334,811,129. Dari sini, kita boleh lihat bahawa pemain iOS lebih suka berbelanja dalam game untuk mendapatkan kosmetik.

PUBG Mobile akan terus berkembang pada tahun 2022 dan buat masa ini, ia menerajui pasaran ‘mobile battle royale’ yang juga dihuni oleh Call of Duty: Mobile, Free Fire dan lain-lain. Bukan itu sahaja, Krafton (menguruskan PUBG PC/konsol) juga telah mengeluarkan game spin-off baru bernama New State Mobile yang mengumpul USD $16 juta (anggaran RM 72 juta) yang sepatutnya dapatkan membantu meningkatkan populariti francais secara keseluruhan.

Setelah mendahului genre battle royale, PUBG Mobile telah mengukuhkan dirinya sebagai salah satu francais paling untung di seluruh dunia dan nampaknya keadaan akan kekal begitu sehinggalah pesaing baru muncul. Apa pendapat korang? Adakah takhta PUBG Mobile akan dirampas satu hari nanti atau adakah ia akan bertahan berdekad-dekad?

*Data diambil dari April 2018 hingga 18 Julai 2022 melalui AppMagic*

*Kadar pertukaran USD ke RM telah dibundarkan dan mengikut data 20 Julai 2022*

Untuk segala liputan kami tentang PUBG Mobile, sila tekan pautan ini.

Tags: MalaysiaMobilepubg mobile
Previous Post

Spider-Man: No Way Home The More Fun Stuff akan tiba di Malaysia 8 September ini!

Next Post

Mekanik “Class Change” telah ditambah dalam Diablo Immortal, bersama-sama ciri baru

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Mekanik “Class Change” telah ditambah dalam Diablo Immortal, bersama-sama ciri baru

Mekanik "Class Change" telah ditambah dalam Diablo Immortal, bersama-sama ciri baru

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd