Kebiasaannya, kita lihat gamer bermain di hadapan skrin dengan menggunakan gear yang sepatutnya seperti keyboard, mouse, controller mahupun racing wheel. Kadang-kadang, ada juga gamer yang tidak mahukan bermain begitu sahaja dan menyerlahkan kreativiti mereka sehingga membina seakan sebuah lori hanya untuk bermain Truck Simulator.
Terdapat seorang streamer American Truck Simulator yang dikenali sebagai ricotrucker1 membawa pengalaman bermain Truck Simulator ke level yang berlainan. Banyak video demonstrasi yang telah ditunjukkan olehnya di akaun Instagram miliknya. Sebenarnya, dia tidaklah membina sebuah bas. Sebaliknya dia hanya menukar setup komputernya kepada reka bentuk sebuah lori.
View this post on Instagram
Jika kita lihat pada setup komputernya, dia menggunakan banyak monitor untuk dijadikan sebagai cermin hadapan, kiri dan kanan. Yang lebih menarik, adalah dia menyediakan tempat duduk penumpang untuk sesiapa yang ingin menyertai dalam perjalanannya bermain American Truck Simulator.

Bukan setakat itu sahaja, setup komputer yang dia ada sudah cukup mengagumkan sehingga mempunyai stereng, batang gear, dashboard yang sangat unik dan mikrofon yang boleh digunakan untuk berhubung dengan pemain lain. Ramai yang kagum dengan setup komputer ricotrucker1 dan mereka inginkan setup sepertinya.

Dalam masa yang sama, terdapat juga beberapa orang yang mempersoalkan, kenapa tidak memandu lori yang sebenar. Sudah pasti kosnya akan lebih tinggi dan mungkin dia tidak mempunyai lesen untuk memandu sebuah lori. Jika memandu dalam simulator, anda boleh pause game tersebut apabila anda ingin ke tandas atau makan. Tidakkah itu lebih selamat dan mungkin lebih seronok?

Apa pendapat korang dengan setup yang reka bentuknya seakan lori semata untuk bermain American Truck Simulator. Jom kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post