Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

THQ Nordic melancarkan Are You Smarter Than A 5th Grader? pada 23 Ogos 2022

safwan by safwan
July 15, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Baru, GOG, Multiplayer, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Simulator, Single Player, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
THQ Nordic melancarkan Are You Smarter Than A 5th Grader? pada 23 Ogos 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Are You Smarter Than A 5th Grader? baru sahaja diumumkan oleh THQ Nordic hari ini. Ia akan tersedia pada 23 Ogos 2022 di PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Ia adalah game kuiz yang menarik berdasarkan francais rancangan TV kuiz popular. Ujian yang diberikan berbentuk soalan beraneka jawapan, cabaran betul atau salah dan juga minigame untuk menguji kecekapan pemain daripada 24 subjek berbeza.

Jika soalan yang diberikan itu susah, anda boleh meminta bantuan daripada rakan anda untuk mendapatkan bantuan. Terdapat lebih 6800 soalan yang terdiri daripada topik seperti sains haiwan, perbendaharaan kata, matematik dan banyak lagi.

Game ini boleh dimainkan secara solo dan co-op multiplayer. Buktikan yang anda adalah orang terpandai dalam keluarga atau kawan. Ia akan menampilkan banyak watak yang bersuara penuh dan sudah pasti akan dianimasikan dengan cantik.

Ciri-ciri penting

  • Game kuiz co-op 1–8 pemain
  • Lebih daripada 6800 soalan unik dalam 24 subjek berbeza
  • Pengalaman seperti dalam persembahan di TV
  • Moderator dan rakan sekelas bersuara bahasa Inggeris sepenuhnya
  • Studio 3D yang dipamerkan dengan cantik
  • Penglibatan jangka panjang
  • Kosmetik yang boleh dibuka
  • Meja pemain dan kepala bobble yang boleh diubahsuai

Bagi sesiapa yang tidak tahu, siri TV Are You Smarter Than A 5th Grader? mula ditayangkan di televisyen FOX sejak 2007 sehingga 2015 dan menjadi salah satu rancangan game yang berjaya dengan menghasilkan 5 musim dan purata tontonan seramai 20 juta penonton seminggu.

Anda boleh membuat pre-order sekarang dan nikmati 10% diskaun sebelum 23 Ogos 2022. Are You Smarter Than A 5th Grader? akan tersedia di PlayStation 4, PlayStation5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store mulai 23 Ogos 2022.

Adakah anda orang paling bijak dalam keluarga atau rakan? Tunjukkan kebijaksanaan dengan bermain game kuiz Are You Smarter Than A 5th Grader?. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Pre-Order Sekarang!
Are You Smarter Than A 5th Grader?
Epic Games Store, GOG, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Are You Smarter Than A 5th Grader? adalah game kuiz yang menarik berdasarkan francais rancangan TV kuiz popular.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

‘Nintendo Pictures’ didedahkan, bakal adaptasikan francais game ikonik ke pasaran animasi

Next Post

Goddess of Victory: NIKKE membuka pendaftaran ujian beta tertutup!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Goddess of Victory: NIKKE membuka pendaftaran ujian beta tertutup!

Goddess of Victory: NIKKE membuka pendaftaran ujian beta tertutup!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd