Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acara PUBG Mobile x KL Gangster akan tiba 15 Julai 2022, temu Shark & Malek

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 8, 2022
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Mobile, Tempatan
0 0
0
Acara PUBG Mobile x KL Gangster akan tiba 15 Julai 2022, temu Shark & Malek
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, game popular PUBG MOBILE telah mengeluarkan video trailer penuh yang menunjukkan kerjasama mereka bersama francais filem blockbuster Malaysia KL Gangster. Ini adalah kerjasama rasmi pertama antara PUBG MOBILE dengan filem Malaysia.

Korang boleh tonton trailer PUBG MOBILE x KL Gangster melalui video di bawah:

Berlangsung di Jalan Petaling, video penuh aksi itu dibintangi oleh pelakon veteran Syamsul Yusof dan Dato’ Aaron Aziz yang mengulangi peranan mereka sebagai Shark dan Malek. Video bermula dengan penampilan ‘mamat PUBG’ yang terpaksa berlindung di sebalik gerai kosong untuk mengelakkan diri ditembak oleh kumpulan Shark.

Malangnya, ‘mamat PUBG’ telah kehabisan peluru, jadi Shark mencabarnya untuk bertumbuk. Dengar sahaja itu, ‘mamat PUBG’ melepaskan pistolnya, keluar dari tempat sorok dan mendedahkan bahawa dia bekerjasama dengan Malek. Shark dan Malek berdepan antara satu sama lain dalam satu pertarungan terakhir – “perang kasi habis”showdown – perang kasi habis.

Kerjasama PUBG MOBILE x KL Gangster akan keluar pada 15 Julai dan menjanjikan banyak acara dan ganjaran menarik seperti “Voice Card Shark dan Malek.” Buat sesiapa yang ingin jadi gengster, jangan lupa sertai acara ini!

KL Gangster merupakan sebuah filem aksi jenayah Malaysia 2011 arahan Syamsul Yusof (yang turut membintanginya). Ia dibintangi oleh Aaron Aziz, Adi Putra, Soffi Jikan dan Zizan Razak, dan menceritakan tentang seorang bekas ketua gangster yang baru keluar dari penjara, ingin mengubah kehidupannya.

KL Gangster mempertahankan gelaran filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama tiga tahun, sebelum diatasi oleh filem tempatan berbahasa Cina, The Journey, pada awal tahun 2014. Prekuel filem ini, KL Gangster 2 telah ditayangkan pada 3 Oktober 2013 diikuti oleh dua terbitan turunannya Abang Long Fadil pada 29 Mei 2014 dan Abang Long Fadil 2 pada 24 Ogos 2017.

Untuk segala liputan kami tentang PUBG Mobile, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
PUBG Mobile
Publisher: Tencent Games
Developer: Lightspeed & Quantum
Release Date: 2018-02-09
Android, iOS
PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS yang direka khas untuk mudah alih! Bermain secara percuma di mana sahaja, bila-bila masa. PUBG MOBILE menyampaikan tindakan berbilang pemain yang paling sengit di telefon bimbit. Jatuhkan, gearkan, dan bersaing. Pertahankan pertempuran klasik epik 100-pemain, mod muatan dan pasukan peminat pasukan 4v4 dan mod zombie yang pantas. Paling penting Winner Winner Chicken Dinner!
Tags: KL GangsterMalaysiaMobilepubg mobile
Previous Post

Sony Centre Mid Valley membuka pre-order PS5 bagi Julai 2022! Ada bundle Horizon Forbidden West!

Next Post

[Review] Overlord: Escape from Nazarick – Game ala-ala Metroidvania yang terlalu senang

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
[Review] Overlord: Escape from Nazarick – Game ala-ala Metroidvania yang terlalu senang

[Review] Overlord: Escape from Nazarick - Game ala-ala Metroidvania yang terlalu senang

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd