Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Musim finale Bleach menampilkan perang antara Shinigami & Quincy, akan keluar Oktober 2022

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 4, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Musim finale Bleach menampilkan perang antara Shinigami & Quincy, akan keluar Oktober 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Bleach bakal kembali, dan rasanya ramai peminat tidak sabar untuk melihat bagaimana musim finale ini membuat comeback selepas sedekad mendiamkan diri. Melalui acara Anime Expo semalam, pihak studio Pierrot telah mengeluarkan trailer dan poster terbaru untuk musim finale Bleach: Thousand-Year Blood War.

Korang boleh tonton di sini:

Seperti yang korang boleh lihat di atas, trailer ini mempamerkan beberapa adegan “teaser” dari anime di mana kita dapat melihat Ichigo beraksi sambil ditemani oleh rakan-rakan Shinigami-nya termasuk Kuchiki Rukia, Abarai Renji, Zaraki Kenpachi dan lain-lain. Musim baru mestilah bermakna orang jahat baru, tetapi ramai pembaca manga pasti tahu yang penjahat ini adalah antara musuh paling hebat mereka pernah bertemu seumur hidup.

Poster baru; menampilkan geng Shinigami, antagonis Yhwach dan Sternritter.

Selain Shinigami, trailer juga memfokuskan pada Yhwach, the Quincy King yang telah dikurung selama lebih 900 tahun dan kumpulannya, Sternritter. Kali ini, mereka adalah antagonis utama tetapi al kisahnya akan didedahkan dengan lebih mendalam apabila musim finale Bleach ditayangkan pada Oktober 2022.

Semasa panel langsung di Anime Expo, pencipta Kubo Tite sekali lagi mengesahkan bahawa anime finale akan menampilkan adegan dan unsur jalan cerita baru yang dia tidak dapat masukkan dalam versi manga.

Anime Bleach asalnya berlangsung daripada 2004 hingga 2012 tetapi terpaksa menamatkan siaran sebelum dapat mengadaptasikan semua bab daripada manga, yang menerbitkan bab terakhir pada tahun 2016. Selepas menunggu sekian lama, akhirnya adaptasi Thousand-Year Blood War diumumkan pada tahun 2020.

Pada tahun 2021, Kubo menerbitkan bab baru untuk siri manga Bleach, bertajuk “No Breaths from Hell.” Asalnya ia dipromosikan sebagai one-shot (bab tunggal) untuk meraikan ulang tahun ke-20 siri. Selepas membaca, ramai peminat terkejut apabila mendapati bahawa bab itu sebenarnya adalah prolog untuk kisah baru bagi Ichigo dan kawan-kawan.

Malangnya, Kubo Tite dan Shueisha sehingga hari ini tidak mendedahkan langsung sebarang maklumat tentang adaptasi siri sekuel penuh.

Apa pendapat korang tentang trailer Bleach di atas? Teruja tak untuk tonton Ichigo sekali lagi? Jom kongsi pendapat di ruang komen! Untuk baca segala liputan kami tentang Bleach, sila tekan pautan ini.

Sumber – YouTube

Tags: animebleachBleach: Thousand Year Blood WarFinalemanga
Previous Post

Ubisoft tutup server multiplayer untuk game lama termasuk Assassin’s Creed & Far Cry

Next Post

Diablo Immortal: Roadmap untuk pelancaran game pada 8 Julai di Malaysia! Siap sedia semua!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Diablo Immortal: Roadmap untuk pelancaran game pada 8 Julai di Malaysia! Siap sedia semua!

Diablo Immortal: Roadmap untuk pelancaran game pada 8 Julai di Malaysia! Siap sedia semua!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd