Sonic Frontiers kembali dengan maklumat terbaru yang telah didedahkan semasa Nintendo Direct Mini. Pendedahan tersebut memperkenalkan pemain kepada kawasan Cyber Space, Titan boss, watak, ciri-ciri dan banyak lagi.
Plot cerita
Sonic memulakan perjalanan baru bersama rakannya, Amy dan Tails menuju ke Starfall Islands untuk mencari Chaos Emerald. Semasa mereka menghampiri pulau itu, tiba-tiba pesawat mereka bermasalah dan mereka telah disedut ke dalam portal dimensi. Sonic telah mendapati dirinya terpisah daripada rakannya dan terjaga di dalam dunia digital, Cyber Space.
Selepas dia berjaya melepaskan diri dari Cyber Space, dia telah tiba di Kronos Island, salah satu pulau Starfall Islands, yang penuh dengan runtuhan purba di mana musuh-musuh telah berkeliaran. Kini Sonic perlu meneroka Starfall Islands dan mencari rakannya semula sambil mendedahkan misteri di sekelilingnya.
Kawasan dalam Sonic Frontiers
- Starfall Islands
- Cyber Space
Dunia game

Pemain akan dapat bermain dengan pelbagai kawasan terbuka yang penuh dengan puzzle dan side quest. Bukan setakat itu sahaja, anda juga akan bertemu dengan pelbagai watak di pulau tersebut. Dengan peta yang lebih luas dan besar, ia memberikan ruang kepada Sonic untuk berlari dan meneroka kawasan sekelilingnya.
Sistem pertempuran

Gaya pertempuran Sonic kini lebih hebat dan lancar berbanding sebelum ini. Pelbagai kawalan butang yang boleh digunakan untuk berlawan, menghalang dan mengelakkan diri daripada serangan musuh. Terdapat juga combo yang boleh dilakukan. Kalau anda malas, auto mode juga tersedia.
Kebolehan baru

Sonic akan mempunyai kebolehan baru iaitu Cyloop, yang membentuk cahaya yang menunjukkan treknya. Dengan mengelilingi musuh, item dan kawasan, akan ada pelbagai kesan khas yang boleh dilihat malah anda juga boleh membuka rahsia Starfall Islands.
Watak dan musuh
- Sonic the Hedgehog
- Sage
Sonic Sage
- Musuh
- Soldier
- Cyclone
- Banger
- Shell
- Bubble
- Boss
- Ninja
- Tower
- Asura
Sonic Frontiers akan dilancarkan pada PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC pada penghujung tahun. Buat masa ini tarikh tetap pelancaran masih belum didedahkan. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Sonic Frontiers daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post