Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Doraemon Story of Seasons: Friends of the Great Kingdom akan keluar di Switch, PS5 & PC pada tahun 2022

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 29, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS5, RPG, Simulator, Steam
0 0
0
Doraemon Story of Seasons: Friends of the Great Kingdom akan keluar di Switch, PS5 & PC pada tahun 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco Entertainment Asia telah mengumumkan bahawa game DORAEMON STORY OF SEASONS: Friends of the Great Kingdom akan dikeluarkan pada Nintendo Switch, PS5 , dan PC melalui Steam pada tahun 2022. Supaya korang dapat melihat rupanya, Bandai turut mengeluarkan trailer pertama yang korang boleh tonton di bawah:

Selain daripada mekanik atau kandungan yang membuatkan francais “Story of Seasons” begitu ikonik (seperti bercucuk tanam dan menternak haiwan), pelbagai aktiviti lain juga wujud di mana Doraemon harus menggunakan gajet rahsia untuk menyelesaikan beberapa masalah.

Sebagai contoh, kita boleh gunakan gajet rahsia Doraemon untuk memudahkan urusan atau membuatkan kerja lebih menyeronokkan! “Mini Raincloud” boleh digunakan untuk menyiram tanaman, manakala “Farm Restaurant” boleh menuai hasil untuk mencipta hidangan yang lazat.

Selain itu, beberapa mini-game dan elemen gameplay unik telah ditambah ke dalam game ini, serta kisah serba baru yang pasti menyentuh hati ramai gamer, lagi-lagi peminat Doraemon.

Bagi bahagian co-op, main bersama rakan-rakan dalam mode multiplayer dan jalani kehidupan bersama-sama termasuk bekerja di ladang atau pergi memancing. Satu ciri unik adalah sesetengah objek hanya boleh dijumpai dengan bantuan kawan. Sebagai contoh, turnip (lobak kecil) tidak boleh ditarik sendirian tetapi mungkin akan keluar jika kita bekerjasama dengan kawan.

Di samping itu, dunia permainan telah diperbaiki lagi dengan penambahan ciri yang lebih realistik termasuk cahaya semula jadi, elemen angin dan kesan bunyi alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut tentang DORAEMON STORY OF SEASONS: Friends of the Great Kingdom, sila layari laman web rasmi Bandai Namco. Jika korang berminat dengan berita lain tentang Doraemon, korang boleh rujuk pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DORAEMON STORY OF SEASONS: Friends of the Great Kingdomnintendo switchps5steam
Previous Post

Acer Malaysia memperkenalkan 3 monitor gaming mantap dan projektor khas untuk para gamer!

Next Post

MX vs ATV Legends telah tersedia di konsol utama dan PC – Dapatkan sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
MX vs ATV Legends telah tersedia di konsol utama dan PC – Dapatkan sekarang!

MX vs ATV Legends telah tersedia di konsol utama dan PC - Dapatkan sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd