Acer telah mengumumkan beberapa barisan hebat desktop terbaru yang menawarkan pengalaman gaming hebat untuk gamer. Desktop tersebut ialah Predator Orion 3000 dan Acer Nitro 50 – peranti kecil namun sangat berkuasa. Bersama-sama dengan desktop, Acer Malaysia turut membawa masuk aksesori Predator dan Nitro baharu. Bukan setakat itu sahaja, aksesori baharu juga telah diperkenalkan sekali. Jom kita lihat lebih lanjut setiap produk yang diperkenalkan.
Predator Orion 3000
Dikuasakan oleh pemproses Intel Core i7 Generasi ke-12 dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070, siri Predator Orion 3000 direka untuk gamer yang mencari pengalaman terbaik dalam kelas pertengahan. Dengan saiz memori sehingga 16 GB DDR4 dan 1 TB storan PCIe NVMe SSD untuk masa yang responsif, ia mempunyai slot SSD M.2 PCIe tambahan dan dua slot SATA3 untuk gamer yang mencari kapasiti storan yang lebih besar. Manakala empat slot RAM DDR5 boleh dinaiktaraf sehingga 64 GB.
Menampilkan reka bentuk yang lebih estetika, chasis Predator Orion 3000 mempunyai gelas yang lebih gelap, logam dan jaring mesh, dengan pilihan panel sisi lutsinar patuh-EMI. Dua kipas 92×92 mm Predator FrostBlade™ 2.0 dengan aliran udaran optimum menyejukkan peranti walaupun semasa sedang bermain secara intensif. PredatorSense™ membolehkan pemain memantau dan mengawal prestasi desktop, selain mengubah suai warna LED RGB di kipas depan dan belakang.
Harga runcit bermula RM6,499, Predator Orion 3000 boleh didapati serta-merta di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada serta rakan kongsi Predator yang sah. Pelanggan yang membeli Predator Orion 3000 sebelum 14 Julai 2022 layak mendapat diskaun tunai RM150 dan menebus hadiah bernilai RM600.
Acer Nitro 50
Diberi nafas baharu dengan pemproses Intel Core Generasi ke-12, Acer Nitro 50 dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1660 SUPER, 8 GB RAM dan SSD laju 512 GB untuk pengalaman menggunakan komputer dan bermain yang lancar. Dengan prestasi penuh dimuatkan ke chasis 18 liter, Acer Nitro 50 boleh diletakkan sama ada di atas meja atau lantai dengan kemas.
Acer Nitro 50 dijual pada harga RM3,599 dan boleh didapati serta-merta di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada serta rakan kongsi Acer yang sah. Pelanggan yang membeli Acer Nitro 50 sebelum 14 Julai 2022 akan layak mendapat diskaun tunai RM100 dan menebus hadiah bernilai lebih daripada RM400.
Aksesori Predator and Nitro
Acer Malaysia juga memperkenalkan siri aksesori peripheral. Mouse gaming ergonomik Predator Cestus 335 dengan sensor PixArt 3370 dan polling rate 2,000Hz, membolehkan setiap pergerakan, shot atau heal diletakkan dengan ketepatan jitu. Dengan kadar maksimum 19,000 DPI, ia tampil dengan DPI kod warna lima tahap. Dengan 10 butang yang boleh diprogramkan, gamer boleh mengubah dengan mudah konfigurasi sehingga 5 profil dengan aplikasi QuarterMaster.
Versi terdahulu, Predator Cestus 315 mempunyai sensor PixArt 3325 dan sehingga 6,500 DPI beserta pra-tetap 4-tahap yang membolehkan gamer menukar kelajuan yang diingini. Dengan hotkey 8 fungsi, Cestus 315 menawarkan para gamer pilihan untuk menewaskan pesaing dalam game tanpa perlu bergantung dengan keyboard.
Keyboard dan mouse Nitro baharu sesuai untuk gamer pada peringkat permulaan dan pemain kasual. 19 kekunci anti-ghosting pada papan kekunci Nitro memastikan setiap kekunci yang ditekan akan diproses tidak kira betapa sengitnya permainan. Manakala Nitro Mouse hadir dengan sehingga 4,200 DPI dengan shift setting 6 -tahap untuk memenuhi keperluan gamer.
Diskaun tambahan sehingga RM150 untuk pembelian desktop dan aksesori ini semasa Jerayawara ‘It Lies Within’. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Predator Gaming Malaysia. Untuk segala liputan kami tentang produk Acer, korang boleh tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post