Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sambutan Babylon’s Fall makin merudum, tak sampai 10 pemain yang bermain

safwan by safwan
June 24, 2022
in Action, ARPG, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Sambutan Babylon’s Fall makin merudum, tak sampai 10 pemain yang bermain
Share on FacebookShare on Twitter

Selalunya bila sahaja dengar perkataan “PlayStation” dan “Eksklusif”, mesti orang ramai ingat game popular dan hebat seperti Marvel Spider-Man, Horizon Forbidden West, Persona 5, Final Fantasy dan banyak lagi. Tetapi ada game yang memegang hak eksklusif PlayStation yang tidak dapat memenuhi jangkaan pemain iaitu Babylon’s Fall.

babylon's fall pemain

Dengar macam mustahil tetapi terdapat satu game yang baru saja dilancarkan pada awal tahun ini, tetapi tidak mempunyai ramai pemain. Dibangunkan oleh PlatinumGames dan diterbitkan oleh Square Enix, game ini merupakan game action RPG yang dilancarkan di PS4, PS5 dan PC melalui Steam.

Sejak ia dilancarkan, game ini telah memperoleh skor yang agak rendah daripada Metacritic iaitu 41 untuk versi PS5 manakala 46 untuk versi PC. Dengan memperoleh skor tersebut, game ini serta merta menjadi salah satu game yang mempunyai kegagalan terbesar dalam beberapa tahun.

Apa yang lagi mengejutkan adalah game ini telah mencapai jumlah 0 pemain menurut Steam Charts baru-baru ini. Namun, terdapat 21 pemain sahaja yang memainkan game ini dalam masa 24 jam (24 Jun). Mungkin lebih ramai pemain yang berminat untuk bermain di PS4 dan PS5 berbanding PC.

Ini adalah pencapaian yang teruk kepada PlatinumGames yang sebelum ini telah mengeluarkan banyak game hebat seperti Bayonetta, NieR: Automata dan Vanquish. Untuk mencapai tahap seperti ini, ianya agak mustahil untuk game yang baru dilancarkan tidak sampai setahun dan tambah lagi dengan developer dan penerbit yang hebat.

babylon's fall pemain

Sebelum ini, PlayStation pernah membuat perjanjian untuk mengambil game ini sebagai eksklusif konsol pada awal pembangunannya tetapi ia tidak dapat disahkan kerana sebarang maklumat mengenai game tersebut tidak pernah dikongsikan.

Jadi, apa pendapat anda mengenai Babylon’s Fall yang tidak mempunyai pemain baru-baru ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Babylon's Fall
Previous Post

Streamer Twitch rugi lebih RM 3 juta sebab ralat pada website game!

Next Post

Manga Berserk keluarkan bab baru – bagaimana kisah diteruskan tanpa Kentaro Miura?

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Manga Berserk keluarkan bab baru – bagaimana kisah diteruskan tanpa Kentaro Miura?

Manga Berserk keluarkan bab baru - bagaimana kisah diteruskan tanpa Kentaro Miura?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd