Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy XVI menampilkan ‘real-time combat’ & bukan sekadar open-world, info baru dari produser

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 22, 2022
in Action, Artikel, Berita, PS5, RPG
0 0
0
Final Fantasy XVI menampilkan ‘real-time combat’ & bukan sekadar open-world, info baru dari produser
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, beberapa outlet dan media besar telah memuat naik temubual mereka bersama produser Final Fantasy XVI iaitu Naoki Yoshida yang menceritakan tentang gameplay dan beberapa butiran baru tentang entri ke-16 dalam francais FF. Diambil daripada PlayStation Blog, Square Enix Blog, 4Gamer.net, dan lain-lain, nampaknya Final Fantasy XVI sah akan menampilkan sistem ‘real-time combat’ tetapi malangnya bukanlah game open-world.

Berikut adalah isi penting yang dikumpul:

Sistem pertempuran

  • Clive (protagonis Final Fantasy XVI ) mempunyai pelbagai jenis serangan dan abiliti hebat berdasarkan summon dari game Final Fantasy tradisional, yang boleh dikitar secara real-time combat. Selepas Clive mendapat kuasa Eikon (nama lain untuk summon), dia akan dapat membuka abilitinya dalam “ability tree” melalui mata yang diperoleh daripada pertempuran.
  • Kadang-kala, pemain dapat mengawal Eikon secara real-time untuk melawan Eikon lain. Setiap pertempuran Eikon vs. Eikon adalah unik. Antara contoh adalah adalah seperti mini-game 3D shooter, dan perlawanan gusti profesional. Masing-masing akan mempunyai keunikan dan perbezaan sendiri.
  • Anak anjing serigala dari trailer pertama dinamakan Torgal. Soalan ditanya sama Torgal akan memainkan peranan dalam pertempuran, di mana Yoshida berkata untuk “tunggu dan lihat.”
  • Clive akan ditemani oleh seorang atau lebih rakan sepanjang perjalanannya, yang akan mengambil bahagian dalam pertempuran, serta bergurau/menyembang dengan Clive. Ahli parti ini akan dikawal oleh AI.

Konsep

  • “Creative Business Unit III” memilih tema gaya fantasi zaman pertengahan untuk Final Fantasy XVI kerana kebanyakan ahli penting, termasuk Yoshida, paling menikmati gaya itu.
  • Pemain akan mengikuti kehidupan Clive melalui tiga peringkat: zaman remajanya, 20-an dan 30-an.
  • Game ini menggunakan “reka bentuk permainan berasaskan kawasan bebas yang memberikan pemain rasa yang lebih baik tentang skala yang benar-benar ‘global’,” dan bukan open-world.
  • Final Fantasy XVI pada masa ini boleh dimainkan sepenuhnya dari awal hingga akhir, tetapi lakonan suara dalam pelbagai bahasa masih perlu dirakam. Kerana ia merupakan game yang sangat berorientasikan aksi, banyak ujian diperlukan untuk mengemaskan kesukaran, mencantikkan cutscene, dan untuk fasa debugging skala penuh.

Rancangan masa depan

  • Game ini akan menjadi “pengalaman lengkap” semasa pelancaran, dan pada masa ini tiada rancangan untuk kandungan lain.
  • Trailer ketiga dirancang untuk keluar pada musim luruh ini, yang akan menumpukan lebih pada dunia, latar belakang dan jalan cerita.

Final Fantasy XVI bakal keluar untuk PlayStation 5 pada musim panas 2023. Untuk segala liputan kami tentang game ini, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Final Fantasy XVIps5square enix
Previous Post

Kolab Fortnite X Naruto membawa masuk Orochimaru, Itachi, Gaara & Hinata

Next Post

Expansion World of Warcraft: Dragonflight akan tiba pada tahun 2022 – Pre-purchase sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Expansion World of Warcraft: Dragonflight akan tiba pada tahun 2022 – Pre-purchase sekarang!

Expansion World of Warcraft: Dragonflight akan tiba pada tahun 2022 - Pre-purchase sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd