Blizzard mengumumkan Diablo Immortal akan ditangguhkan pada 8 Julai untuk keluaran Asia Tenggara termasuk negara tercinta kita, Malaysia. Pada awalnya, Diablo Immortal dijadualkan akan keluar pada 22 Jun ini. Jika nak diikutkan, tinggal 2 hari sahaja lagi untuk semua pemain di Asia Tenggara dapat bermain game ini.
Ini bukan kali pertama game ini ditangguhkan. Sebelum ini, mereka merancang untuk melancarkan game ini pada tahun 2021 tetapi ditangguhkan ke tahun 2022 atas sebab tertentu.
Apa yang peliknya adalah Diablo Immortal telah dilancarkan pada 2 Jun lalu di seluruh dunia kecuali negara-negara di Asia Tenggara. Penangguhan kali ini, mereka ingin mengoptimumkan game tersebut supaya pemain akan mendapat pengalaman yang lebih baik semasa bermain. Berikut adalah ciri-ciri yang sedang ditambah baik:
- Pengoptimuman pakej – Mengubah semula aset supaya UI yang berkaitan akan di isi dengan betul untuk meningkatkan pengalaman pengguna semasa bermain.
- Pengoptimuman prestasi peranti Android – Disebabkan peranti Android di Asia yang pelbagai, mereka terpaksa menjalankan ujian keserasian tambahan untuk mengoptimumkan game tersebut.
- Penambahbaikkan versi PC – Mereka membetulkan pada isu potion, skill lockout, auto-navigasi, serangan utama Demon Hunter dan banyak lagi.
- Pengoptimuman prestasi dan rangkaian – Penambahbaikan kepada teknologi pencahayaan, pembetulan bug dan banyak lagi.
Berikutan dengan penangguhan ini, semua pemain yang terkesan dengan penangguhan ini akan menerima sekeping Legendary Gear, 100 Scrap Material dan 10 Enchanted Dust. Anda boleh dapatkan ganjaran ini di dalam game melalui inbox.
Saya ingin mengingatkan anda sekali lagi bahawa Diablo immortal ditangguhkan kepada 8 Julai 2022 di Malaysia. Jika berminat untuk mendapatkan game ini, anda boleh pre-register terlebih dahulu di Play Store dan App Store. Malah Diablo immortal turut dilancarkan di platform PC melalui Battle.net.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post