Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ibu bapa di India menyalahkan PUBG sebagai penyebab sakit jiwa untuk kanak-kanak!

Semua benda nak salahkan PUBG!

Wakambing by Wakambing
March 29, 2019
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Ibu bapa di India menyalahkan PUBG sebagai penyebab sakit jiwa untuk kanak-kanak!
Share on FacebookShare on Twitter

Player Unknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG adalah satu permainan yang sangat popular, terutamanya di India. Dengan perkembangan telefon pintar dan data mudah alih yang berpatutan, kini hampir setiap penduduk di negara itu mempunyai telefon pintar tersendiri. PUBG pula mempunyai satu versi untuk telefon yang dipanggil PUBG Mobile. Sejak wujudnya versi itu, ia telah menjadi satu ketagihan yang ketara dalam kalangan pemain sehingga pihak berkuasa telah mengharamkan permainan tersebut kerana takut ia dapat mengubah kanak-kanak menjadi psychopath atau sakit jiwa.

PUBG Accused of Turning Kids Into Psychopaths https://t.co/psxw7wcua7 #Android #IOS #Microsoft #Mobile #PC #PlayerUnknownsBattlegrounds #PS4 #Tencent #XboxOne

— Game Rant (@GameRant) March 28, 2019

PUBG di India

Menurut salah satu akhbar Hindi di India yang terkemuka, Navbharat Times berkata, PUBG di India adalah “wabak” yang menjadikan kanak-kanak “manorogi,” atau sakit jiwa. Penerbitan itu mengatakan bahawa permainan itu mempunyai “akibat berbahaya” dan banyak kanak-kanak telah “kehilangan keseimbangan mental mereka.” Malah, ramai ibu bapa yang mennyalahkan game ini untuk kes buli, mencuri dan juga kelalaian yang menjejaskan prestasi anak-anak mereka. Ini bukanlah kali pertama PUBG mempunyai kes sebegini, beberapa minggu yang lalu, 10 orang ditangkap kerana bermain game ini di tempat awam!

Patutkan PUBG kena ban? 

Tak kisahlah sama ada GTA atau PUBG dijadikan sasaran, adalah penting untuk diingatkan bahawa semua ini hanyalah satu permainan. Sebagai pemain, kita perlu meletakkan limit supaya ianya tidak sampai memudaratkan diri dan mengabaikan kesihatan. Tambahan pula, industri permainan ini akan terus berkembang setiap tahun, bererti lebih ramai orang akan bermain berbanding sebelum-sebelumnya. Adakah ini bermaksud lebih banyak peluang untuk orang jadi “ketagih”? Jawapannya terletak kepada pengurusan masa dan kawalan diri yang baik. Pendek cerita, jangan salahkan game apabila diri sendiri tidak dapat mengawal nafsu!

Sumber: Game Rant

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BanharamIndiaketagihpubgPUBGMsakit jiwa
Previous Post

Warcraft dan Warcraft 2 kini boleh dimain melalui GOG.com!

Next Post

Grand Opening untuk outlet keempat Impulse Gaming store di Penang pada hujung minggu ini!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang
Review

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000
Teknologi

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000

July 2, 2025
Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!
Berita

Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!

July 2, 2025
Next Post
Grand Opening untuk outlet keempat Impulse Gaming store di Penang pada hujung minggu ini!

Grand Opening untuk outlet keempat Impulse Gaming store di Penang pada hujung minggu ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd