Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Intel masuk pasaran GPU, menampilkan kad grafik Arc A380 untuk gamer bajet

safwan by safwan
June 16, 2022
in Artikel, Berita, GPU, Teknologi
0 0
0
Intel masuk pasaran GPU, menampilkan kad grafik Arc A380 untuk gamer bajet
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pasaran GPU yang kembali pulih, akhirnya kita dapat lihat GPU dari Nvidia dan AMD dijual dengan harga yang semakin rendah. Dalam masa yang sama, Intel telah memasuki pasaran GPU di China dengan menampilkan kad grafik baharu iaitu Intel Arc A380.

Ia merupakan kad grafik entry-level yang sepatutnya tidak mahal untuk didapatkan. GPU ini berharga 1030 Yuan di China jika nak ditukarkan ke Ringgit Malaysia, ia bernilai sebanyak RM675.66. Mereka mengatakan yang kad grafik ini 25% lebih laju daripada Radeon RX 6400. Jika nak dibandingkan dengan kedua-dua GPU ini, nampaknya Intel telah menawarkan harga yang lebih murah dengan prestasi yang lebih tinggi untuk kad grafik entry-level.

Selain itu, Intel Arc A380 mempunyai 2000 MHz dan 75W TDP. Ia dilengkapi dengan VRAM 6GB GDDR6 dan memory bus 96-bit serta memori bandwidth yang tinggi sebanyak 192 GB/s. Walaupun ianya dikategorikan sebagai GPU entry-level, Intel mengatakan bahawa GPU ini boleh memainkan game dengan 1080p pada 60 FPS dengan tetapan grafik sederhana.

Yang lebih menarik adalah ia menggunakan Xe Display Engine yang dapat menyokong sebanyak empat paparan 4K 120Hz HDR, dua paparan 8K 60Hz dan 360hz untuk resolusi 1080p dan 1440p.

Intel menunjukkan bahawa Arc A380 boleh menjalankan banyak game AAA dan kompetitif pada 1080p, melebihi 60 FPS. Game seperti Apex Legends dan Fortnite boleh dimainkan pada lebih 100 FPS, ini bermakna GPU Arc A380 boleh memberikan prestasi yang lebih baik untuk game eSports pada FPS yang tinggi.

Buat masa sekarang, mereka hanya memasarkan GPU di China terlebih dahulu dan akan memasuki pasaran seluruh dunia pada masa yang akan datang. Mereka juga bekerjasama dengan jenama-jenama popular seperti Acer, Asus, Gigabyte, GUNNIR, HP dan MSI bagi mengeluarkan lebih banyak pilihan GPU pada masa akan datang.

Jika anda sedang mencari GPU entry-level yang memberikan prestasi yang terbaik semasa bermain game, ini adalah masa yang terbaik untuk membeli Intel Arc A380 apabila masuk ke Malaysia nanti. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Intel Arc A380Intel GPU
Previous Post

Apex Legends Mobile Season 1 ‘Cold Snap’ update sudah bermula, watak Loba ditambah

Next Post

[Khabar angin] Sony dilaporkan sedang membuat “PS5 Pro Controller”

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
[Khabar angin] Sony dilaporkan sedang membuat “PS5 Pro Controller”

[Khabar angin] Sony dilaporkan sedang membuat "PS5 Pro Controller"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd