Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Texas Chain Saw Massacre – game seram Leatherface akan dilancarkan pada tahun 2023

safwan by safwan
June 15, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, PS4, PS5, Seram, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
The Texas Chain Saw Massacre – game seram Leatherface akan dilancarkan pada tahun 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Gun Interactive mengeluarkan video trailer pertama untuk The Texas Chain Saw Massacre yang akan dilancarkan pada tahun 2023 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Ia juga akan tersedia di PC Game Pass pada hari pertama.

Ia merupakan game asymmetrical seram sama seperti Friday The 13th, Dead by Daylight dan banyak lagi. Dalam game ini, anda boleh memilih untuk bermain watak jahat seperti Leatherface, Hitchhiker dan the Cook untuk membunuh mangsa-mangsanya. Kita juga dapat lihat bagaimana watak jahat beraksi dan juga elemen-elemen lain seperti visual grafik, mekanik dan banyak lagi seperti yang ditunjukkan dalam video gameplay dibawah.

Seperti yang kita tahu, terdapat tiga watak jahat yang telah disediakan. Namun, menurut blogpost di laman web rasmi game, mereka mengesahkan bahawa mereka akan menambah lagi watak jahat yang lebih banyak dan sesuai dengan siri kegemaran original.

Walaupun The Cook, Hitchhiker dan Leatherface sudah nampak menarik , tiga pembunuh tidak akan mencukupi untuk mengekalkan game untuk jangka masa yang lama. Kami memerlukan lebih banyak lagi. Nasib baik, Kim Henkel datang sekali lagi untuk membantu kami menyelesaikan isu ini. Kim mempunyai beberapa idea untuk watak tambahan yang tidak pernah masuk ke dalam filem 1974, tetapi akhirnya dia membenarkan kami mencipta ahli keluarga Slaughter baharu sendiri.

Ini adalah game adaptasi dari sebuah filem, The Texas Chain Saw Massacre yang pernah ditayangkan pada tahun 1974. Ia akan menceritakan tentang Ana Flores yang sedang mencari kakaknya yang hilang bersama kawan-kawannya tetapi keadaan menjadi lebih seram apabila mereka bertemu dengan keluarga yang memakai kulit manusia.

Selain itu, mereka juga mengongsikan peta Family House secara lebih dekat daripada pandangan atas yang memaparkan bahagian hadapan dan tengah rumah melalui posting-nya di Twitter. Mereka juga akan mengongsikan lebih banyak peta pada masa akan datang termasuk Gas Station dan Slaughterhouse di Hub mereka.

You've seen the screenshots, you've seen the side by side. Now take a closer look at the playable space on The Family House map in The Texas Chain Saw Massacre.

Stay tuned all this week for a look at The Gas Station and Slaughterhouse, as well as an upcoming Hub post! pic.twitter.com/Q7S0b6BDti

— The Texas Chain Saw Massacre (@TXChainSawGame) May 24, 2022

Saya ingin mengingatkan anda bahawa The Texas Chain Saw Massacre akan dikeluarkan pada tahun 2023. Namun mereka tidak mengongsikan tarikh sebenar bagi pengeluaran game ini. Game ini akan tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam serta PC Game Pass.

Kepada yang suka bermain game seram bersama rakan-rakan, anda boleh masukkan game The Texas Chain Saw Massacre dalam list. Jadi, mari kita sama-sama tunggu berita seterusnya daripada mereka untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan game seram ini. Ikuti kami Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: The Texas Chain Saw Massacre
Previous Post

Bleach mungkin akan keluarkan game baru di konsol, kata pencipta Tite Kubo

Next Post

Tonton vivo X PUBG Mobile Turbo Cup Challenge Final pada 18 Jun & menang pelbagai hadiah menarik

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Tonton vivo X PUBG Mobile Turbo Cup Challenge Final pada 18 Jun & menang pelbagai hadiah menarik

Tonton vivo X PUBG Mobile Turbo Cup Challenge Final pada 18 Jun & menang pelbagai hadiah menarik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd