Seiring dengan acara Summer of Gaming yang dianjurkan oleh IGN, game fashion & simulation, Life Makeover terpilih untuk ditampilkan dalam acara tersebut. Bukan selalu dapat tengok game seperti ini ditampilkan dalam acara ini. Nampaknya game ini telah memikat ramai orang walaupun masih belum dikeluarkan lagi. Game ini akan tersedia di iOS dan Android.
Life Makeover merupakan game fashion dan simulation tanpa had yang dibangunkan oleh Archosaur Games di mana pemain dibenarkan untuk mencipta dan menyesuaikan watak, solek, pakaian dan banyak lagi. Bukan watak sahaja yang pemain boleh ubah, rumah pun boleh ubah suai. Jadi, semuanya boleh diubah suai mengikut cita rasa anda.

Interaksi sosial yang bebas dan terbuka
Walaupun ianya game simulation, mereka memberikan kemudahan ini untuk membolehkan anda bertemu rakan komuniti online di mana anda boleh mengunjungi rumah mereka, makan bersama dan banyak lagi.
Penyesuaian watak yang bebas

Dalam Life Makeover, mereka menyediakan puluhan tetapan yang boleh dilaraskan secara bebas untuk mencipta watak mengikut cita rasa anda. Dari warna kulit hingga setiap inci daripada wajah watak boleh diubah suai. Dah nama pun game fashion, sudah pasti watak yang ingin memakai baju tersebut mestilah disolek dengan cantik. Jadi, anda boleh solek watak termasuk eye shadow, highlighting, contour dan macam-macam lagi.
Fabrik ultra-realistic yang cantik

Sudah sampai ke bahagian paling menarik yang ada dalam game ini. Mereka menyediakan berjuta-juta item untuk anda gunakan secara bebas. Banyak gaya yang anda boleh cuba daripada pakaian biasa hingga ke pakaian kelas tinggi, semuanya boleh direka.
Semua pakaian akan mempunyai tekstur yang ultra-realistic tambah pula dengan cahaya realistik, memang cantik dan semuanya nampak terperinci. Bukan itu sahaja, anda boleh pilih jenis pakaian yang ingin direka dengan menggunakan corak preset dalam toolbox ataupun menggunakan kreativiti untuk melukis corak pada pakaian.
Bina rumah impian anda

Tidak banyak game fashion yang membenarkan pemain mereka membina rumah mereka tetapi dalam Life Makeover, anda diberikan kebebasan 100% untuk membina rumah mereka sendiri daripada pemilihan tapak, reka bentuk dalaman hingga ke luaran, semuanya boleh diubah suai. Ini rumah bukan sekadar rumah, anda boleh buat bermacam-macam aktiviti didalamnya termasuk memasak, bersukan dan banyak lagi.
Buat masa sekarang, mereka tidak mendedahkan sebarang tarikh untuk melancarkan game ini. Life Makeover telah tersedia untuk anda pra-daftar di Android dan iOS. Kepada sesiapa yang telah pra-daftar, anda berpeluang untuk bermain game ini terlebih dahulu dan mereka akan memberikan ganjaran istimewa untuk anda.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post