Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Ultraman montel” viral di Malaysia – Tabik hormat kerana berani cosplay

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 14, 2022
in Artikel
0 0
0
“Ultraman montel” viral di Malaysia – Tabik hormat kerana berani cosplay
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berehat selama tiga tahun, acara Cosplay Party di Ipoh Parade telah kembali pada 11 dan 12 Jun lalu. Dihadiri oleh pelbagai jenis orang, seorang Ultraman “montel” telah sertai acara tersebut dan kemudian menjadi viral di Malaysia kerana bentuk badannya yang besar.

Viral melalui WeekendWeeklyJetso dan IpohCom, Ultraman Dyna yang badannya montel menjadi antara tarikan utama semasa acara di mana kita boleh melihat dia menggayakan beberapa pose ikonik semasa di atas pentas melalui video di Facebook. Seperti biasa, netizen dengan cepat dapat tahu dan komen demi komen mula masuk sehingga dia menjadi viral.

Cosplayer ini bernama Asyraf Akashi dan saya memang kagum dengan keberaniannya. Bagi sesetengah orang, cosplay adalah hobi yang “sukar” dan salah satu sebab mengapa ia sukar adalah kerana isu “fat-shaming” atau “body-shaming” daripada netizen dan komuniti.

Orang yang gemuk atau badannya lebih berat sering diperlekehkan dan merasa diri mereka tidak pernah cukup hebat untuk cuba cosplay. Tetapi Asyraf Akashi tidak pernah henti berminat cosplay walaupun menerima kritikan. Walaupun terdapat beberapa komen negatif di Facebook terlalu kasar, maklum balas keseluruhan netizen Malaysia adalah amat positif.

Kepada semua komen buruk itu, berikut adalah respon Asyraf melalui media sosial:

“Fuh penat dan boleh tahan rasa sakit kaki hari ini tetapi saya sangat seronok dengan rakan-rakan dan tahniah kepada idola saya Adry Exrayde. Ini adalah sut ultra ketiga saya, dan saya tahu badan saya tidak cantik tetapi itu tidak bermakna saya tak boleh jadi apa yang saya nak kan? Akhir sekali, terima kasih Cosplay Party oleh Ipoh Parade. Korang memang terbaik!!”

Malah, Keith (pelukis Lawak Kampus) pun melukis karya untuk menunjukkan tanda penghormatannya.

Sumber

Cosplay bukan tentang saiz badan kita, tetapi bagaimana kita menunjukkan minat terhadap watak kegemaran. Saya berharap Asyraf akan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang yang terlalu malu atau kurang keyakinan untuk mulakan cosplay mereka yang sama ada.

Cosplay adalah untuk semua orang, tidak kira jantina, warna kulit, bangsa atau saiz badan. Sekali lagi saya memberi salut kepada Asyraf Akashi kerana berjaya memecahkan norma cosplay dengan menggayakan “Ultraman Dyna” dalam cara yang comel.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Destroy All Humans! 2 & Dysterra lancarkan demo PERCUMA di Steam Next Fest

Next Post

HypeSquad sudah mulakan ujian Alpha di Steam! Jemput main semua!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
HypeSquad sudah mulakan ujian Alpha di Steam! Jemput main semua!

HypeSquad sudah mulakan ujian Alpha di Steam! Jemput main semua!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd