Berita baik untuk peminat mecha semua! Tak kisahlah daripada Gundam ke Mazinger ke Getter Robo ke, akhirnya Super Robot Wars T sudah keluar! Kalau korang selalu lihat crossover antara power rangers, ni hah crossover terhebat antara mecha pula. Daripada yang klasik sehingga yang terbaru. Kami di Gamersantai berpeluang bermain game ini dan ingin berkongsi pengalaman bersama peminat semua. Jadi siap sedia. Pengembaraan alam semesta terhebat sudah bermula!
Di bawah adalah sedutan gameplay Gamersantai untuk tontonan kalian semua:
Latar Belakang
Super Robot Wars T ialah game terbaru di dalam francais Super Robot Wars yang merupakan crossover mecha daripada macam-macam anime. Untuk lebih jelas, jalan cerita game ini menggabungkan pelbagai anime, manga dan permainan video mecha, lantas membenarkan watak-watak dan mecha daripada siri berbeza untuk bersatu atau bertarung sesama sendiri. Selain itu, Super Robot Wars T ialah judul ketiga di dalam siri untuk mendapat keluaran bahasa inggeris (hanya di Asia) dan judul pertama yang keluar di Nintendo Switch.

Ringkaskan cerita, Super Robot Wars T ialah game strategi RPG yang mempamerkan pelbagai mecha daripada siri anime di satu crossover yang hebat. Kami pernah main game yang cuba crossover watak lain dalam game mereka tetapi interaksinya tidak nampak hidup walaupun tetapi Super Robot Wars T telah mengubah crossover ini menjadi satu seni, dengan plot yang berlainan cerita saling bersambung serta watak yang berinteraksi dengan sangat natural sehingga pemain yang tidak kenal dengan sumber watak berkemungkinan akan keliru tentang siri mana watak itu berasal.
Senarai watak untuk Super Robot Wars T ialah Banpresto Originals, 4th Super Robot Wars, Invincible Robo Trider G7, Mobile Suit Zeta Gundam Mobile Suit Gundam ZZ, Mobile Suit Gundam: Char’s Counterattack, Mobile Suit Gundam: Char’s Counterattack – Beltorchika’s Children, Mobile Suit Crossbone Gundam, Mobile Suit Crossbone Gundam: Skull Heart, Mobile Suit Crossbone Gundam: The Steel 7, Mobile Fighter G Gundam, The Brave Express Might Gaine, King of Braves GaoGaiGar, Gunbuster, Martian Successor Nadesico: The Motion Picture – Prince of Darkness, Getter Robo Armageddon, Getter Robo Daikessen, Mazinger Z: InfinityAura Battler Dunbine, New Story of Aura Battler Dunbine, Armored Trooper Votoms, Armored Trooper Votoms: The Last Red Shoulder, Armored Trooper Votoms: Big Battle, Gun Sword, Expelled from Paradise, Cowboy Bebop, dan Arcadia of My Youth: Endless Orbit SSXMagic Knight Rayearth. Mesti ada kegemaran anda di sini kan?
Jalan Cerita
Kisah game ini berlaku di dalam dunia yang merosot dan kemunduran, di mana usaha untuk berhijrah ke luar angkasa telah gagal, dan manusia sedang hidup dalam kesengsaraan. Protagonis adalah pilot mecha yang bekerja di sebuah korporasi bernama VTX Union yang sedang membangunkan mecha baru bernama Tyranado, sebagai calon Earth Federation of Armed Forces untuk generasi akan datang. Cerita mengikuti protagonis dan pasukannya menghadapi ancaman daripada pengganas dan kuasa asing serta daripada antagonis-antagonis terkenal.
Penceritaan ini nyata lebih baik daripada judul sebelum kerana crossovers antara karakter. Mereka telah banyak memperbaiki game ini daripada sudut jalan cerita. Sebagai contoh, interaksi antara protagonis Domon G Gundam, yang dalam game ini telah menamatkan usaha untuk membalas dendam, telah bertindak sebagai ketua yang membimbing Nadesico Akito dan Gun X Sword Van yang masing-masing mempunyai masalah peribadi sendiri. Pembinaan watak mereka ditulis dan dirancang dengan sangat baik dan merasa seperti saya melihat anime dan bukan hanya main game.
Cara permainan
Game ini memberi fokus kepada strategi role-playing, dengan beberapa elemen daripada visual novel untuk jalan cerita dan selingan membuat pilihan sepanjang gameplay. Game ini mengikut struktur asas daripada siri Super Robot Wars iaitu apabila sebuah misi bermula, karakter akan terlibat dalam scene dialgoue antara playable character, lalu scene akan berubah kepada senario di medan perang. Untuk menamatkan sebuah senario, pemain harus selesaikan objektif senario. Ada senario yang berdurasi lama kerana disertakan dengan misi yang pelbagai atau ditambah objektif mengikut jalan cerita yang berlangsung.
Super Robot Wars T mempunyai tiga difficulty option untuk pilih: Beginner, Standard, dan Expert. Secara umum, musuh lebih sedikit dan lemah di difficulty yang rendah manakala di Expert Mode, musuh lebih kebal, malah mereka ada peluang yang lebih tinggi untuk menyerang anda.
Walau bagaimanapun, banyak faedah jika bermain di Expert Mode. Pertama ialah SR Point Objective, yang akan automatik dicapai selagi pemain berjaya menamatkan sebuah misi pada kali pertama percubaan. Ini akan memberi anda tambahan dana 10,000 untuk digunakan. Dana ini juga lebih banyak berbanding difficulty yang lain kerana pemain akan berlawan dengan musuh yang lebih kuat di dalam kuantiti yang lebih banyak.
Sistem Pertempuran
Setiap misi mempunyai objektif tersendiri serta naratif yang akan memajukan jalan cerita game. Setiap misi ini masih mempunyai formula yang sama, iaitu pemain harus menggunakan sekumpulan mecha untuk menewaskan musuh dan pada masa yang sama, tidak membiarkan seorang ahli pasukan tertewas. Pemain boleh berbuat demikian dengan cara mengerakkan mecha di sekeliling peta melalui petak berwarna merah, dan menyerang musuh apabila mereka di dalam posisi yang boleh diserang.
Pertempuran di Super Robot Wars T ialah turn-based. Pemain lazimnya boleh mengerakkan unit mereka dahulu, satu demi satu, kemudian membiarkan AI melakukan animation yang selebihnya. Apabila sebuah unit mecha anda menyerang, target akan bertindak dengan blocking (meningkatkan defense terhadap serangan), evade (mengurangkan peluang untuk serangan itu mengena), counter (menyerang balik dengan serangan sendiri) atau Spirit Commands (skill-skill istimewa milik setiap unit).
Selepas memilih pergerakan anda, battle animation akan dimainkan. Jika unit milik pemain tidak dimusnahkan dan berjaya menyerang musuh, unit tersebut akan menerima experience point. Tambahan lagi, jika musuh itu ditewaskan, pemain akan menerima duit dan bonus part (item bahagian mecha) untuk upgrade.
Selesainya satu senario, dialog akan berlangsung antara watak sebelum pemain dibawa ke Intemission Menu. Di sini, unit mecha boleh di-upgrade atau install bahan-bahan ganjaran yang diperoleh daripada misi, kebolehan dan statistik watak protagonis boleh diubah atau ditingkatkan, dan beberapa aksi maintenace lain boleh dilakukan sebelum pemain sambung senario seterusnya.
Seperti judul sebelum ini, akan ada beberapa ciri-ciri pengurusan untuk perbelanjaan dan perancangan sebelum pertempuran. Pemain tidak harus membazir dana atau TacP (level-up points) di atas mecha ataucpilot yang pemain tidak akan guna kecuali pada permulaan game atau ketika pemisahan jalan cerita. Untuk itu, game ini akan sentiasa mencabar pemain dan membuat anda merasa seperti seorang pakar strategi.
Kesimpulan
Super Robot Wars T mempunyai beberapa kelemahan tetapi secara keseluruhan ialah satu judul yang mantap dengan satu campuran tradisional formula Super Robot Wars dengan jalan cerita yang baru dan menyegarkan serta gameplay yang diperbaiki daripada judul sebelumnya.
Jalan ceritanya membuat game ini sangat berharga untuk peminat siri Super Robot Wars. Jika anda berminat untuk menikmati sebuah jalan cerita baru dan pada masa yang sama menjiwai kehidupan seorang pilot mecha, tidak kisah lama atau baru, memang anda takkan kecewa. Kepada semua peminat mecha di luar sana, Super Robot Wars T kini boleh didapati di PlayStation 4 dan Nintendo Switch. Kalau kalian berminat nak lihat Mazinger Z berganding bahu bersama Getter Robo, saya sarankan anda beli sekarang sebelum habis!
@gamersantaimy
The Review
Super Robot Wars T
Saya memberi ulasan seperti ini kerana saya bukanlah seorang peminat tegar siri mecha anime/filem jepun. Bagi mereka yang kipas-susah-mati ni, pasti puas hati kerana game ini ditujukan untuk keseronokan peminat semua. Selain daripada itu, ini adalah pendapat jujur saya. Senarai watak crossover yang lebih banyak dan lebih hebat daripada sebelum ini tetapi hanya perkara ini yang mengagumkan saya kerana selebihnya banyak mengulang dan cepat bosan.
PROS
- Crossover antara watak yang hebat.
- Senarai watak yang baru dan menyegarkan.
CONS
- Antagonis yang mengecewakan.
- Jalan cerita untuk watak mecha yang tidak utama ditulis dengan sangat teruk.
Discussion about this post