Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Lord of the Rings: Return to Moria – game survival PC eksklusif di Epic Games Store

safwan by safwan
June 11, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Baru, Game Online, PC, Survival
0 0
0
The Lord of the Rings: Return to Moria – game survival PC eksklusif di Epic Games Store
Share on FacebookShare on Twitter

Free Ragne Games dan North Beach Games mendedahkan game baharu mereka iaitu The Lord of the Rings: Return to Moria semasa Epic Games Summer Showcase. Ia merupakan game survival crafting eksklusif di PC melalui Epic Games Store pada suku pertama 2023.

The Lord of the Rings: Return to Moria akan berlaku pada Fourth Age of Middle-earth dalam dunia fantasi yang dicipta oleh J.R.R Tolkien. Matlamat game ini adalah mengawal sekumpulan Dwarves yang ditugaskan untuk menuntut semula harta rampasan yang hilang dari Dwarven homeland of Moria. Harta tersebut dikenali sebagai Khazad-dûm atau Dwarrowdelf.

Untuk mencari harta tersebut, pemain perlu bergabung tenaga untuk terus hidup, membina, mencipta dan meneroka lombong sehingga jauh ke dalam Mines of Moria. Game ini menawarkan pengalaman yang pelbagai kerana setiap pengembaraan tidak akan sama dengan pengembaraan pemain lain. Pemain boleh mengembara secara solo atau bersama kawan.

Sudah pasti game ini akan membenarkan pemain melombong bagi mendapatkan sumber yang lebih banyak dan menghasilkan peralatan. Tetapi, pemain perlu berhati-hati semasa melombong kerana bunyi yang dihasilkan akan mengancam makhluk yang berada di bawah.

Berikut adalah ciri-ciri penting The Lord of the Rings: Return to Moria:

  • Persahabatan
    • Alami persahabatan bersama Dwarves yang tidak pernah ada sebelum ini.
  • Bertahan semasa gelap
    • Pemain mesti berjimat, memburu dan mengumpulkan makanan. Pengurusan tidur, suhu dan bunyi turut dijaga. Gunakan sistem cahaya dinamik untuk keselamatan dan melancarkannya pada jalan yang jauh dan gelap.
  • Bangunan pangkalan
    • Cari lokasi baharu dan bina bangunan secara besar-besaran.
  • Bina dan bentuk semula Moria
    • Memulihkan kerajaan purba Khazad-dûm yang telah lama hilang kepada zaman kegemilangannya. Bina semula pusat operasi Dwarven dan menghidupkan kembali lombong untuk mendapatkan sumber yang tidak pernah sentuh.
  • Terokai kedalaman Mines of Moria
    • Persekitaran yang direka secara rawak dan penuh dengan misteri dan bahaya.
  • Co-op Multiplayer
    • Mengembara secara solo atau berkumpulan bersama rakan sehingga 8 orang pemain.
  • Mencipta peralatan, senjata dan banyak lagi
    • Mencipta perisai, peralatan, senjata dan struktur legenda. Upgrade dan buka teknologi dan mesin hebat.
  • Temui artifak magic
    • Temui barang ancient magic termasuk pedang, peta urat Mithril, buku dan amulets yang memberikan kekuatan dan kebijaksanaan.
  • Bijih dan permata lombong
    • Gali lombong baharu untuk mendapatkan sumber berharga seperti besi, emas dan quartz serta Mithril. Pergi ke pusat crafting untuk menukar bijih kepada jongkong supaya kelengkapan boleh di-upgrade.
  • Pembina kerdil komprehensif
    • Pemain boleh mencipta watak Dwarf dalam penciptaan watak. Pemain boleh mencari dan membuat perisai dan senjata untuk meningkatkan lagi gaya unik mereka.

Saya ingin mengingatkan korang yang game ini masih belum dilancarkan dan telah dijadualkan akan keluar pada suku pertama 2023. Game ini adalah eksklusif untuk PC melalui Epic Game Store. Korang boleh pergi laman web rasmi mereka untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Jadi, macam mana, adakah korang akan masukkan The Lord of the Rings: Return to Moria dalam senarai wishlist? Kongsikan pendapat di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan macam-macam lagi dari kami.

Tags: The Lord of the Rings: Return to Moria
Previous Post

Anime Tekken: Bloodline dedahkan visual baru, mengisahkan asal usul Jin Kazama

Next Post

Pra-daftar untuk Beta Diablo IV telah dibuka! Jom daftar ramai-ramai!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Pra-daftar untuk Beta Diablo IV telah dibuka! Jom daftar ramai-ramai!

Pra-daftar untuk Beta Diablo IV telah dibuka! Jom daftar ramai-ramai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd