Selain daripada game, Tekken nampaknya sedang sibuk untuk debut siri anime rasmi pertama yang bakal dikeluarkan pada tahun ini! Bersama kerjasama Netflix, pihak studio telah mendedahkan visual terkini tentang projek anime ini yang diberi nama Tekken: Bloodline.

Mula-mula diumumkan pada awal tahun ini, Netflix telah menunjukkan visual baharu untuk siri anime Tekken: Bloodline dengan beberapa adegan yang belum pernah dilihat sebelum ini bersama mesej khas daripada pencipta francais, Katsuhiro Harada.
Anime ini akan mengembangkan lagi latar belakang francais dengan mengisahkan asal usul Jin Kazama dan bagaimana dia menjadi kuat selepas melalui latihan kejam bersama datuknya. Bukan itu sahaja, anime ini juga menunjukkan beberapa watak ikonik lain daripada siri game dan menceritakan apa mereka buat sebelum peristiwa dalam game original. Korang boleh tonton video Tekken: Bloodline di bawah untuk info lanjut:
Buat masa sekarang, Tekken: Bloodline dijadualkan untuk keluar pada pada tahun ini, tetapi Netflix masih belum memberikan apa-apa maklumat penting seperti tarikh keluaran rasmi, siapakah kakitangan yang terlibat dalam siri atau berapa banyak episod yang bakal dikeluarkan. Tentang jalan cerita, berikut adalah sinopsis tentang Tekken: Bloodline menurut Netflix:
“‘Kuasa adalah segala-galanya.’ Jin Kazama mempelajari seni mempertahankan diri iaitu Kazama-Style Traditional Martial Arts, daripada ibunya pada usia yang muda. Walaupun begitu, dia tidak berdaya apabila kejahatan yang lebih besar tiba-tiba muncul dan memusnahkan segala yang disayanginya, lalu mengubah hidupnya selama-lamanya.
“Marah dengan dirinya sendiri kerana tidak dapat menghalang bencana ini, Jin berjanji untuk membalas dendam dan mencari kuasa mutlak. Pencariannya akan membawa kepada pertarungan terhebat di pentas global — The King of Iron Fist Tournament.”

Walaupun Tekken adalah francais fighting game yang popular sehingga mendapat adaptasi aksi langsung dan adaptasi animasi 3D pada masa lalu, francais ini masih belum diadaptasikan kepada projek animasi 2D penuh. Kini peminat akhirnya mendapat peluang untuk melihat bagaimana Netflix memaparkan kisah Jin Kazama dalam medium baharu.
Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post