Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mobile Legends bakal menerima perubahan UI, lebih sesuai dengan phone kentang

safwan by safwan
June 9, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, MOBA
0 0
0
Mobile Legends bakal menerima perubahan UI, lebih sesuai dengan phone kentang
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa je tak kenal dengan Mobile Legends: Bang Bang game MOBA paling popular di Malaysia kan. Baru-baru ini terdapat satu kebocoran di mana Moonton sedang menjalankan ujian beta Mobile Legends: Bang Bang di Peru yang menampilkan reka bentuk UI baharu. Nampaknya UI baharu ini lebih sesuai untuk phone kentang dan bermain dengan lancar.

Perkara ini dibocorkan melalui seorang pengguna di YouTube iaitu VY Gaming yang sedang membuat review UI baharu di lobby Mobile Legends. Dia turut mengatakan bahawa game itu boleh dimainkan pada phone kentang dengan sangat lancar.

Sebelum ini, ramai yang merasakan bahawa Mobile Legends susah untuk dimainkan pada phone kentang. Menurut komen-komen daripada video tersebut, ramai yang bersetuju dan menginginkan update baharu yang bersesuaian dengan phone kentang mereka.

Jika lihat pada video tersebut, kita dapat melihat bahawa UI Mobile Legends telah peroleh perubahan yang ketara. Perubahan UI tersebut nampak sangat kemas dan tersusun jika nak dibandingkan dengan versi sekarang. Yang lebih menariknya adalah berkemungkinan besar, korang boleh pilih hero sebagai paparan utama dengan skin kesayangan pada masa akan datang.

Buat masa sekarang, Moonton masih belum mengumumkan sebarang maklumat berkaitan update tersebut. Memandangkan Projek NEXT “Rise of Necrokeep” akan keluar tidak lama lagi, mungkin kita akan dapat lihat UI baharu selepas itu.

Kepada yang tidak tahu, Mobile legends telah mengeluarkan video trailer baharu untuk “Rise of Necrokeep” yang bakal tiba pada 28 Jun 2022. Dalam update ini mereka akan mengubah beberapa hero termasuk Vexana Leomord dan Faramis. Mereka bertiga akan menerima perubahan dari segi model, skill, buff dan banyak lagi.

Selain itu, mereka juga akan mengubah UI rank yang menampilkan gaya moden. Selepas ini, korang juga boleh dapat dua ganjaran season yang lebih menarik. Ganjaran pertama adalah sama seperti sebelum ini manakala yang baharu akan berdasarkan rank dan mendapat kad Star Protection dan Border selepas naik ke rank seterusnya.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa UI baharu ini masih belum dapat sebarang berita daripada Moonton dan masih dalam ujian Beta di Peru. Jadi, kepada yang mempunyai phone kentang dan ingin bermain Mobile Legends, harapnya ini adalah berita baik untuk korang. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai Mobile Legends, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mobile Legends: Bang Bang
Previous Post

Kecoh Isu Bon Odori! Acara diteruskan dan tiada halangan untuk orang muslim pergi!

Next Post

One Piece akan masuk ‘fasa finale’ selepas Wano, disahkan oleh pencipta Eiichiro Oda

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
One Piece akan masuk ‘fasa finale’ selepas Wano, disahkan oleh pencipta Eiichiro Oda

One Piece akan masuk 'fasa finale' selepas Wano, disahkan oleh pencipta Eiichiro Oda

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd