Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ace Combat 7 – TOP GUN: Maverick DLC – Terbang ke langit bersama pesawat ikonik dari filem

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 18, 2022 - Updated on June 21, 2022
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Preview, Simulator
0 0
0
Ace Combat 7 – TOP GUN: Maverick DLC – Terbang ke langit bersama pesawat ikonik dari filem
Share on FacebookShare on Twitter

Sekuel yang ditunggu-tunggu Top Gun: Maverick kini berada di pawagam seluruh dunia, dan untuk meraikan kepulangan Tom Cruise sebagai Pete “Maverick” Mitchell, Bandai Namco telah membawa pesawat klasik Amerika dan banyak lagi ke game Ace Combat 7: Skies Unknown.

Ace Combat 7: Skies Unknown – Top Gun: Maverick DLC adalah sesuatu yang semua pencinta kapal terbang atau pesawat. Namun, ini bukanlah DLC percuma percuma dan sebaliknya korang perlu membayar jumlah nilai mengikut platform untuk mengakses kandungan Top Gun di dalam game. Jadi apa yang ada di dalam DLC ini? Bandai Namco telah menambah enam pesawat, beberapa emblem dan nickname (nama panggilan) berbeza serta muzik. Berikut adalah butiran ringkas tentang Ace Combat 7 – TOP GUN: Maverick DLC.

Pesawat baru bertemakan filem Top Gun: Maverick

F-14A Tomcat: Pesawat besar yang menggantikan F-4 dalam mengendalikan pertahanan armada. Enjin kembarnya dan sayap sapuan variabel membezakannya daripada pesawat lain. Nama panggilannya ialah “Tomcat”. Pesawat ini boleh dilengkapkan dengan LAAM, SAAM, atau SFFS sebagai senjata khasnya. Mempunyai 6 skin termasuk jenis Special.

F-14A Tomcat – Top Gun: Maverick: Sebuah pesawat khas berasaskan F-14A. Amat bahaya di mana-mana jarak. Pesawat ini boleh dilengkapi dengan LAAM, SAAM atau HPAA sebagai senjata khasnya. Mempunyai 8 skin daripada Top Gun, termasuk kulit Maverick dan Iceman. Pesawat khas ini adalah sebahagian daripada kerjasama dengan filem Top Gun: Maverick.

F/A-18E Super Hornet – Pesawat satu tempat duduk terbaru dalam siri F/A-18. Seperti F-type, nama panggilannya ialah “Super Hornet.” Pesawat ini boleh dilengkapkan dengan HCAA, 4AGM, atau LAGM sebagai senjata khasnya. Mempunyai 6 skin termasuk jenis Special.

F/A-18E Super Hornet – Top Gun: Maverick: Sebuah pesawat khas berdasarkan F/A-18E. Mempunyai kebolehgerakan yang seimbang. Pesawat ini boleh dilengkapi dengan HCAA, HVAA, atau GPB sebagai senjata khasnya. Mempunyai 6 skin termasuk jenis Special. Pesawat khas ini adalah sebahagian daripada kerjasama dengan filem Top Gun: Maverick.

5th Gen Fighter | Top Gun: Maverick: Seorang pesawat generasi ke-5 yang amat serba boleh. Ia sangat mudah dikendalikan, dan boleh dipasang dengan pelbagai bahagian. Pesawat ini boleh dilengkapkan dengan 4AAM, HCAA, atau LACM sebagai senjata khasnya. Mempunyai 6 skin termasuk jenis Special. Pesawat khas ini adalah sebahagian daripada kerjasama dengan filem Top Gun: Maverick.

DarkStar: Pesawat stealth supersonik dengan keupayaan penerbangan berkelajuan tinggi yang luar biasa. Pesawat ini boleh dilengkapi dengan SASM, XSDB, atau PLSL sebagai senjata khasnya. Mempunyai 6 skin termasuk jenis Special. Pesawat khas ini adalah sebahagian daripada kerjasama dengan filem Top Gun: Maverick.

Kandungan eksklusif daripada filem

Walaupun jelas sekali pesawat akan menjadi tumpuan utama, terdapat terdapat beberapa kandungan ekstra yang boleh dinikmati oleh peminat filem dan game. Kita akan diberi 10 emblem termasuk VF-1, VFA-213, Maverick, Phoenix, Hangman, Payback, Fanboy, Rooster, Bob dan Coyote serta dua logo dari filem Top Gun: Maverick. Pada masa yang sama, DLC ini akan memberi “Callsign” atau Nickname termasuk Goose, Cougar, dan banyak lagi.

Akhir sekali, dua trek muzik baru akan ditambah ke dalam senarai playlist multiplayer mode yang terdiri daripada “Top Gun Anthem” dan “Danger Zone”. Semua lagu ini adalah remix oleh komposer Ace Combat Keiki Kobayashi, dan kalau dibuka semasa bermain, pasti akan buat korang teruja untuk terus masuk ke adegan aksi!

Bagaimana untuk askes DLC?

Seperti biasa, DLC ini boleh dibeli secara berasingan di platform pilihan tetapi jika korang adalah pemain baru, Bandai Namco telah menyertakan DLC Top Gun dengan base game. Ace Combat 7: Skies Unknown – Top Gun: Maverick Edition merangkumi base game dan set Top Gun Aircraft, manakala Maverick Ultimate Edition menyertakan kedua-dua Top Gun DLC serta misi kempen dari tiga Season Pass yang menambah jalan cerita baru kepada kempen Ace Combat 7. Cuma pastikan korang berhati-hati supaya tidak membeli salinan game atau DLC yang sama.

Untuk maklumat lanjut tentang Ace Combat 7: Skies Unknown – Top Gun: Maverick, sila layari laman web rasmi Bandai Namco di sini. Itu sahaja untuk preview ini, korang boleh usya review kami tentang game lain dengan menekan pautan ini.

Muat turun di sini
ACE COMBAT 7: SKIES UNKNOWN
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Release Date: 2019-01-18
PlayStation 4, Xbox One
Ace Combat 7: Skies Unknown adalah permainan video simulasi penerbangan tempur yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Entri dalam siri Ace Combat, dilancarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One pada Januari 2019, dan untuk Microsoft Windows pada bulan berikutnya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ace combat 7DLCTop Gun: Maverick
Previous Post

Preview Pearl – Map Valorant baru bawah air yang menawan, gunakan 100% strategi!

Next Post

[Review] MSI Stealth GS66 12UGS- Luar nampak biasa tapi dalam memang padu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Review] MSI Stealth GS66 12UGS- Luar nampak biasa tapi dalam memang padu!

[Review] MSI Stealth GS66 12UGS- Luar nampak biasa tapi dalam memang padu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd