Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pasukan bot daripada OpenAI akan berlawan dengan juara Dota 2, OG !

Permulaan kepada kisah Terminator.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 28, 2019
in Artikel, Berita, Esports, PC, Steam
0 0
0
Pasukan bot daripada OpenAI akan berlawan dengan juara Dota 2, OG !
Share on FacebookShare on Twitter

OpenAI, salah satu developer teknologi AI terkenal sedang mengusahakan satu project yang berkaitan dengan game MOBA terkenal dan cukup fenomenal iaitu Dota 2.

Project pertama dari OpenAI adalah mencipta bot AI dengan kemampuan yang menyerupai atau lebih daripada pemain Dota 2 secara umum. Selain daripada itu, ujian pertama OpenAI adalah dengan meletakkan bot AI mereka bertentangan dengan pemain terkenal Danil “Dendi” Ishutin yang hasilnya ialah kemenangan untuk bot ketika 1 vs 1 menggunakan Shadow Fiend.

Projek mereka tidak berhenti di situ, pasukan developer OpenAI kembali meneruskan projek yang lebih bercita-cita tinggi. Sebelum ini hanya satu bot, kini mereka sedang mencipta 5 bot yang berkeupayaan untuk saling berkomunikasi sesama sendiri seperti pasukan sebenar.

Pasukan 5 bot ini juga bertanding di pertandingan The International 2018 tahun lepas dengan berlawan pasukan Amerika Latin, paiN Gaming dan pasukan China, Big God. Kedua-dua pasukan professional ini berjaya menumpaskan pasukan bot OpenAI. Setelah beberapa lama berehat, pasukan developer OpenAI akan kembali menguji bot-bot mereka dengan melawan juara The International 2018, OG

OpenAI Five Finals — Open AI will take on the World Champions OG in a live event on April 13, 2019 in the Bay Area. Learn more: https://t.co/hstrpulBIL pic.twitter.com/qJLeh26Zff

— Wykrhm Reddy (@wykrhm) March 26, 2019

Pertandingan tersebut akan berlangsung pada 13 April di Bay Area, San Fransisco, Amerika Syarikat. Disamping itu, pertandingan yang cukup menarik ini juga akan diramaikan oleh pakar analisis dan caster terkenal seperti Blitz, Capitalist, Sheever, ODPixel dan Purge. Kalian jangan lupa lihat ya di sesi livestream mereka. Takut-takut jadi permulaan Terminator je.

Sumber – OpenAI

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 5vs5AIBotDota 2openaiTI 2018
Previous Post

Mode ‘Duos’ untuk Firestorm Battlefield V akan hadir bulan hadapan!

Next Post

Marvelous dan Tencent bekerjasama untuk mengumumkan game mobile Story of Seasons!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Marvelous dan Tencent bekerjasama untuk mengumumkan game mobile Story of Seasons!

Marvelous dan Tencent bekerjasama untuk mengumumkan game mobile Story of Seasons!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd